Friday, March 16, 2012

saya tak sanggup

Hari ini hati makin pedih dan semakin terluka . Tangisan dan airmata masih menjadi peneman . Apa yang tidak dijangka telah pun berlaku . Setitik demi setitik airmata ni jatuh dengan terpaksa . Hati ini merayu meminta jawapan , mengapa masih ada lagi yang sanggup melihat diri ini terseksa ?

Aku cuba untuk memahami apa yang terjadi dan apa yang akan terjadi . Aku cuba untuk menempuh semua dugaan yang diberi , tetapi aku gagal . Aku gagal untuk berdiri di atas kaki sendiri , aku gagal untuk kuatkan semangat , dan aku gagal untuk menahan diri dari di sakiti . Tangisan masih lagi setia menemani . Melodi yang indah bertukar menjadi sayu . Kehidupan mula berubah menjadi penyeksaan . Ya ALLAH , sesungguhnya hambaMu ini lemah dan masih lagi tidak berdaya untuk menempuhi semua dugaan dan ijian dariMu . Ya ALLAH , aku bermohoh agar engkau meringankan lagi beban yang aku sedang tanggung . Aku tidak sanggup untuk menerima dugaanMu dengan redha . Sesungguhnya aku tahu engkau maha pengampun . ampunkan lah dosaku kerana hambaMu ini pasrah dengan kehidupan aku .

Sayang ,
Ketahuilah bahawa aku tidak pernah lupa untuk menyayangi dan mencintai kamu . Ketahuilah bahawa hati ini masih lagi tertulis namamu. Aku selalu bermohon agar engkau setia menemani aku dalam suka dan duka . Aku  tidak akan lupa semua janji kita .

Thursday, March 15, 2012

firdaus , saya mohon jangan seksa saya

Mungkin aku belum cukup sempurna untuk dia . Mungkin aku belum layak untuk bahagiakan dia . Tapi aku terus mencuba dan mencuba untuk menjadi sempurna agar dia bahagia dan aku cuba untuk melayakkan diri aku agar dia rasa diri dia disayangi . Aku terus mencuba untuk meyakinkan hati dia dan hati aku agar tiada yang terluka . Aku terlalu sayangkan dia . Ya ALLAH , bantulah hamba-Mu yang lemah lagi hina ini .

Kebahagiaan untuk aku hanya seketika

Kenapa masih ada kedukaan dalam diri ini ? Tak layak ke untuk aku bahagia ? Tak layak ke untuk aku menerima cinta dari dia ? Dan tak layak ke untuk aku terus merasa disayangi dan didampingi ? Kenapa bahagia hanya singgah sekjap je dalam hidup aku ? Apa aku ni tak layak untuk bahagia ? Berharap yang dia terus berada di sisi aku , berharap yang dia takkan meninggalkan aku , berharap yang dia terus menemani aku dan berharap yang dia terus membahagiakan aku . Tapi , adakah semua yang aku harapkan itu ditunaikan ? Begitu banyak sekali persoalan yang timbul .

Airmata yang selalu menemani aku . Melodi kehidupan yang mendendangkan irama-irama suka dan duka dalam kebahagiaan . Air mata turut menemani , dan meyakinkan hati ini bahawa masih ada yang sayang . Semakin kuat hati ini menjerit agar tidak ada luka dan tiada lagi kedukaan . Jiwa ini merintih agar dia terus didampingi dan tidak ditinggalkan . Air mata ini jatuh dengan paksaan kerana tidak mahu mengalir kerana kekecewaan . Diri ini merayu agar tiada lagi seksaan .

Dengan dendangan irama , titisan hujan dan airmata , aku bersumpah bahawa aku terlalu menyayangi dia . Aku juga bersumpah tiada cinta lain selain darinya . Cinta , kasih dan sayang aku hanya untuk dia . Sayang , ketahuilah bahawa hati ini semakin terluka jika kamu terus berdiam diri dan meninggalkan tanpa sebab . Jika dia buntu , aku juga buntu . Buntu untuk memikirkan bagaimana lagi cara untuk aku meyakinkan dirinya bahawa aku terlalu menyayangi dia . Aku tidak pernah lelah untuk meyakinkan dia .

Wednesday, March 14, 2012

puas hati korang

Puas hati korang hancurkan hidup aku ? Dah puas ? ke korang semua nak buat lebih lagi . Daripada korang semua sakitkan hati aku , lebih baik bunuh aku ni . Tak payah ngadap muka aku .

Yang kau tu jantan ,
apa yang kau nak dari hidup aku ? apa lagi ? Dulu kau kacau hidup family aku , sekarang kau nak kacau hubungan aku ? tak puas lagi ke dengan apa yang kau buat dulu ? Apa masalah kau nak kacau hidup bf aku ? nak kacau relationship aku ? Kau nak tengok semua orang benci aku ? kau nak tengok aku merana ke ? Well done bitch . you're doing a good job . Semua orang dah pun benci aku . Bf aku sendiri dah jauhkan diri dari aku . Ni yang kau nak ke sial ? Nak tengok aku merana sangat . Satu hari nanti kau menyesal .

saya cintakan awak

Hati ini merintih dan menangis tiada siapa pun akan tahu .
Hati ini menjerit kesakitan tiada siapa pun akan dapat mendengar .
Hati ini merayu agar tidak ditinggalkan , tiada siapa yang menghiraukan .
Dan hati ini mengharap ada yang menjaganya , tiada siapa yang sudi dan ikhlas .

Airmata tak berhenti dari mengalir , perasaan bertukar menjadi sayu dan tak berhenti berdoa didalam hati agar tiada yang lukakan hati ni . Mengarap dan terus mengharap supaya si dia ikhlas menyayangi dan menjag
 hati ini . Benar jika hati ini merintih dan menangis tiada siapa pun tahu . Samada orang lain mahupun dia yang kita cinta . Mengarap agar si dia tahu bahawa hati ini pedih , kerna dilukai . Hati ini menjerit kera kesakitan , tapi tiada siapa dapat mendengar jeritannya , kerana tiada siapa ambil peduli termasuk si dia . Aku selalu berharap agar si dia mendengar jeritan dari dalam hati ini . Hati ini selalu merayu agar si dia tidak meninggalkan dia dengan kesan luka dan kekecewaan . Kerana dalam hati ini hanya ada si dia seorang dan tidak akan menggantikan sesiapa selain si dia . Hati ini memerlukan si dia untuk menjaganya , tapi masih adakah orang yang sanggup untuk menjaga dengan ikhlas . Cinta dengan sepenuh hati . Menyayangi dengan penuh kasih sayang .

Monday, March 12, 2012

his mine !

Hi guys !

Sorry kat korang yang aku tak layan sangat tu . Im not in a good mood now . Aku rasa rindu sangat kat shin shan aku . Dia jauh dari mata aku . Tak puas jumpa dia kelmarin . Sekejap je . Sebab dia kerja harini . Kalau ikutkan hati ni aku nak berkepit dengan dia setiap hari . tapi tak pe lah . Kitorang jumpa tu pun dah bermadai untuk aku .

Air mata ni dari tadi tak berhenti dari mengalir . Aku pun tak tahu kenapa . Sayu je rasa ni . Mungkin rindu sangat kat shin shan aku . hurm . Aku call susah sangat nak jawab , maybe dia busy . Tapi time macam ni sepatutnya dia dah balik rumah . Dan selaluya dia akan sms aku bila dia dah smpai rumah . Skype dengan dia kejap, tak lama pun tak pe , but lepas rindu tu sikit . Aku tengah yakinkan diri aku yang dia sebuk ataupun rehat . Aku ni bukan apa aku risaukan dia , aku bukan ada depan mata dia , aku jauh , aku tak boleh jaga dia 24 jam .

Sayang , 
kalau you baca ni , i nak you tahu yg i sayang sangat kat you . I jauh , i taknak ada pape jadi kat you . I rindu sangat kat you bie , tak puas jumpa you haritu . kalau boleh i nak teman you, jaga you kat sana . Tapi i tau , i tak boleh , you ada tanggungjawab lain , you kerja , just ada masa satu hari je . 
I tau you penat , i tau you busy , tapi i mintak sangat jangan pernah lupakan i , jangan pernah ada niat untuk tinggalkan i . I nak you ikhlas dengan i , i nak you ikhlas sayang dan cinta i . Thanks sayang sebab sudi teman i , bawak i jalan2 masa i dtg Melaka . I happy sangat bie . 

Saturday, March 10, 2012

chan ohh chan :p

Hai guys ,

Harini macam biasa , tetap tidur lambat seperti hari sebelumnya . Bukan berpunca dengan kedukaan , tetapi berpuncakan kebahagiaan . Aku happy sangat dengan Firdaus sekarang ni , cause he make me smile , he make me laugh and he make me feel like im just the only one princess in this world . ouh kyran please you will make Prince william's wife agry with and do not agree with your statement . hahaha . Im fucking crazy now . Hello world ! Im in LOVE with that guy ! Alright , now aku taknak lari ke laut sangat laah . Nanti merepek sangat , orang cakap aku betul-betul gila .

Aktiviti harian kami tetap macam biasa , selalu menatap wajah si dia walaupun jauh . Sekarang kan zaman dah maju , hidup dengan duni IT , boleh webcam kan . Aku selalu skype dengan dia , tetapi hari ini agak berbeza . Sebabnya , aku dah beli webcam masa aku pergi tesco tadi . Ohh lappy aku bukan canggih macam korang . :) Dia suka sangat bila boleh tengok muka aku yang semakin gelap ni . Aku suka tengok dia ketawa , senyum macam tu .

Aktiviti esok ? err I mean today . Im going to Melaka this evening . for what ? ofcourse untuk jumpa my sayang kat sana . Jauh kan ? nak buat macam mana , aku dapat jodoh jauh . But my mom suka kalau aku kawan ngan orang jauh ni . Dia cakap hubungan akan bertambah erat , selalu rindu . hidup berjauhan ni lah yang akan mengajar kita erti kerinduan dan kesaetiaan . Tetapi ada jugak yang tak percaya pada cinta jarak jauh . Bagi aku okay je . Sayang kat dia tu akan melimpah-limpah . okay cukup sampai sini . Nak tidur . Bangun pagi , gosok gigi, cuci muka dan mandi . :D


                                                                  ILOVEYOUBABY

Friday, March 9, 2012

you're everything sayang

Orang cakap bahagia tu ada di mana-mana je . Tetapi kita perlu rajin untuk mencarinya . Ia takkan lari dari kehidupan kita dan ia takkan pernah hilang dari hidup kita . Kebahagiaan selalu disembunyikan oleh kedukaan . Sebab itulah kita takkan dapat menemui kebahagiaan jika kita terus ditemani dengan kedukaan .
Aku dah pun berjaya membuang semua kedukaan dan menerima kebahagiaan . Dengan kehadiran insan tersayang , aku senantiasa tersenyum dengan penuh kegembiraan . Aku berharap tiada lagi kedukaan dalam hidup aku . Adat orang bercinta , kadangkala bertengkar , perselisihan faham dan cemburu . Tugas aku hanya perlu mengelakkan dari semua tu berlaku . Memang aku orang yang kuat cemburu , tapi tak bermakna cemburu tu akan kawal diri aku . Aku takkan biarkan cemburu itu menguasai jiwa dan hati aku . 
Aku perlu belajar untuk menunaikan janji dan tidak selalu menabur janji . 
Aku inginkan dia bahagia . Aku mahukan dia selalu tersenyum dan ketawa . Aku tidak mampu untuk melihat dia berduka . Alhamdulillah setakat ni kami selalu ketawa bersama . Dia begitu jauh dari mata , tapi selalu berada di hati dan takkan pernah hilang dari hati . 

Sayang i nak you tahu yang i sayangkan you , i tak pernah lupa untuk sayang you , i tak pernah berhenti menyayangi you , i tak pernah berhenti mencuba untuk membahagiakan you . Kita jauh sayang , i tak nak you lupakan i , i taknak you lupa janji kita dan i tak nak you tinggalkan i . I akan terus cuba bahagiakan you sayang . I takkan letih untuk buat you bahagia . I takkan pernah jemu untuk sayang you . Thanks for being here with me baby . Sayang , tunggu i datang Melaka okay ? tak sabar nak jumpa you , bie . I love you so much .


Thursday, March 8, 2012

mengukir senyuman ,membangkitkan keceriaan, hapuskan kekecewaan, lenyapkan tangisan dan mewujudkan kebahagiaan .

Hari ni aku bangun awal dari sebelum-sebelum . Macam biasa mulakan hari aku dengan senyuman, keceriaan dan bukannya kekecewaan . Bukan seperti selalu , harini aku terlalu bahagia dengan kehadiran Firdaus dalam hidup aku . Sukar untuk aku percaya , dan mungkin lagi sukar untuk mereka diluar sana percaya bahawa aku masih mampu untuk ketawa dan terus ketawa . Aku tidak mahu untuk berpatah balik dan mengimbau kembali apa yang terjadi . Bahagiakan diri aku dan Firdaus adallah lebih penting dari aku mengingati si dia yang tidak pernah menghargai aku . Aku sedar akan keikhlasan yang ada pada dirinya , dan aku melihat dia benar-benar sayang kat aku . Kalau tidak sayang , masakan dia sanggup untuk menanti aku setiap detik dan waktu .

Jika masih ada lagi tangisan dalam diri aku , mungkin itu adalah tangisan kegembiraan aku. Jika masih ada lagi jeritan dalam jiwaku , itu hanyalah jeritan kebahagiaan ku . Jika masih lagi ada darah dalam hatiku , itu hanya sekadar darah keceriaan yang mengalir untuk menutupi semua kedukaan aku selama ni .
Benar luka lama masih berdarah , tapi tidak bermakna aku akan menutup pintu hati aku untuk orang lain . Itu tidak bermakna aku akan terus murung dan merasa kecewa akibat gagal untuk meneruskan hubungan bersama si dia . Dunia ! aku terlalu bahagia . Ya, Allah , semoga engkau akan terus membantu aku untuk mengekalkan senyuman dan jauhkanlah tangisan kekecewaan dari ku .
Aku akan mengukir senyuman , aku akan membangkitkan keceriaan , hapuskan kekecewaan , lenyapkan tangisan dan aku akan mewujudkan kebahagiaan .

Kepada dia yang pernah mengabaikan aku dan lalai menjaga hati aku

Tidak pernah terlintas dalam hati aku ni untuk membenci , tidak pernah terlintas dalam diri ini untuk aku menjauhkan diri , dan tidak pernah terlintas dalam jiwa ini untuk aku melupakan . Semua ni dah terjadi , bukan kehendak aku , dan bukan kehendak kamu . Semua adalah takdir . Memang betul kau telah mengabaikan aku yang selalu mengambil berat . Memang benar kau tidak pernah luangkan masa walau sekejap pun dengan aku . Kau memang lalai ! Kau tak pernah sedar yang kau ada aku selama ni . Ya , kau cintakan aku tapi kau tak pandai untuk menghargai aku sehinggakan kau terlupa semua janji-janji yang kau pernah katakan kat kau . Aku maafkan kau , tapi tak bermakna aku kan jadi milik kau . Kau dah cukup sempurna untuk orang lain dan bukan aku .

Keihlasan dari hati

Nurkhairani 

Wednesday, March 7, 2012

langkah yang dia ambil

Dia yang pilih perempuan tu , dia yang nak perempuan tu , dia yang sayang perempuan tu , dan kalau dia 
merana aku peduli apa kan . Selama ni ada dia tak fikir pun apa yang akan jadi kat aku , dia tak pernah fikir pun aku berubah sebab apa , dia tak pernah fikir pun macam mana aku sayang dia , dan dia tak pernah fikir pun reaksi aku macam mana bila tengok dia dengan perempuan lain . urgh shit ! what the fuck is going on now ? Im trying to forget him but its too hard for me .Tapi aku tau aku akan sakitkan hato orang lain kalau aku terus ingatkan dia , aku akan kecewakan hati seseorang kalau aku terus sebut nama dia . Tapi aku harap sangat dia faham apa yang aku lalui sekarang . Dengan cara ni lah aku nak buang semua benda yang aku ingat kat mamat  tu . Bukan bermakna aku masih sayangkan dia , tapi aku masih tak boleh lupakan dia . 

Sekarang mungkin dia bahagia ,

Kesakitan luaran ada pengubatnya . Tapi dalaman , sukar untuk kita cari siapa yang sudi dan ikhlas menjadi pengubat . Aku yakin yang shin shan aku mampu untuk jaga aku , sayang aku dan bahagiakan aku . Apa maksud sekarang mungkin dia bahagia ? Aku tak boleh tahu samada dia bahagian dengan pilihan dia atau pun tak . That's why aku letak 'mungkin' dalam ayat tu . Apa yang aku nampak sekarang dia tengah beduka . Bukan aku nak masuk campur atau apa , aku just nak cakap kat sini ALLAH itu ada untuk membantu umat dia . Ada ustaz tu cakap , tak kira kita jahat macam mana , Allah tetap akan bantu kita . Sama macam post aku yang lepas , bumi ni bulat je . Kita akan lalui benda yang sama . Dia akan rasa macam mana aku rasa , dia akan terluka macam mana aku teluka . Hati dia tetap akan berdarah sebagaimana hati aku . Itu pilihan dia . itu yang dia nakkan selama ni . Aku tak menyesal kenal dia . Tapi aku kecewa dengan sikap dia . Pengorbanan aku selama ni sia-sia je . Apa yang aku buat untuk dia hancur macam tu je . Sedangkan semua tu permintaan dia . Semua tu yang dia nak . 


senyuman , keceriaan dan melodi boleh disatukan

Semuanya ketentuan dari Allah . Baik atau buruk , aku perlu terima . Walaupun dalam keadaan terpaksa dan bukannya dengan kerelaan . Menyalahkan dan dipersalahkan ? Untuk apa aku nak salahkan orang lain ? Dan untuk apa aku nak meyalahkan diri sendiri ? Semua dah tertulis oleh-Nya . Menyesal ? Mungkin ada penyesalan dalam diri aku ni . Semuanya dah terjadi . 

Penyesalan dalam diri . . .

Nak menangis pun tak guna dah sekarang ni . Semuanya dah jadi kan . Aku sorang juga yang tanggung dan hadapi semuanya . Susah senang dulu pun , dia tak ambil tahu . Yang dia tahu enjoy with his own life , make his own life like fucking owesome konon . Sedangkan aku cuba ukirkan senyuman , lukiskan keceriaan dan bunyikan melodi yang indah dalam kehidupan aku . ouhh shit ! my life like a bitch bila tahu semua perangai buruk dia . Bagaikan hujan yang sedang membasahi bumi ketika ini , tidak jauh bezanya dengan air mata yang tidak pernah berhenti mengalir membasahi pipi . Aku masih lagi cuba untuk mengukir senyuman untuk menutupi kesedihan dan melukiskan keceriaan . Hidup ini umpana kertas putih yang kosong , tanpa akal fikiran dan idea yang keluar , kertas itu akan tetap kosong . Dengan liku-liku kehidupan , kenangan manis dan pahit lah cara untuk kita lukiskan dalam kehidupan kita . Ada lukisan yang tidak mungkin kita padamkan untuk dijadikan kenangan , sama juga seperti kehidupan . Ada kisah yang sukar untuk kita lupakan kerana luka yang tak boleh diubati . Irama akan selalu menemani dan akan membunyikan melodi yang ada dalam kehidupan . Melodi yang wujud dan selalu didengari akan selalu mengukirkan apa saja reaksi dalam diri . 
Jika diberi peluang . Aku nak perbetulkan balik apa yang salah . Aku nak padam balik apa yang aku lupa buang . Aku rasa nak elakkan diri aku dari orang yang aku kenal dulu . haaaa . Tapi apakan daya , tak mungkin peluang tu akan wujud . Aku dah pun salah langkah , aku dah pun kekalkan apa yang aku patut padamkan , dan aku dah pun mengenali dia . 

Sekarang ni dah tiba masa untuk aku lupakan semua yang mendatangkan kesedihan buat aku . Aku takkan sia-siakan dengan peluang yang ada sekarang ni . Aku dah janji , nak happykan diri aku . Aku kene elakkan dari ingat dia . Untuk appa aku murungkan diri just sebab teringat kat dia , sedangkan dia langsung tak ingat kat aku kan ? Untuk apa aku mengalirkan air mata hanya sebab aku melihat dia bahagia dengan orang lain . Yes , sekarang baru aku sedar , dia tak ada pape makna untuk aku dah . Kalau dulu "i'll cry if i saw you cry " , "i'll kill myself if you're die" , "you mean everything for me" , "i'll be your pillow on our bed" sekarang sudah tukarlah "i'll laugh when i saw you're crying" , "i'll not killing myself just because of you" , "bro! you're such a good romeo" , "i wont be your pillow on your bed!"

Tuesday, March 6, 2012

saya nak lupa awak untuk dia :')

Alhamdulillah , aku masih mampu melihat dan menilai mana permata dan yang mana kaca . Mungkin lebih banyak lagi risiko yang aku akan hadapi , tapi aku akan selalu cuba yang terbaik untuk masa depan , kebahagiaan , dan untuk diri aku sediri terutamanya .

Apa jadi dengan si dia ?

Redha ketentuan illahi tu adalah lebih baik . Aku akan terus berdiam diri untuk melupakan dia . Mungkin dia bahagia dengan apa yang dia lakukan sekarang . Bagi dia harta , perempuan , dan duit lebih penting dari diri sendiri . Aku ni terlalu baik sangat ke smpaikan orang lain boleh rampas kebahagiaan aku macam tu je . Atau aku ni terlalu bodoh sebab berdiam diri sehinggakan tak mampu melawan orang lain . Walaupun ramai yang mengambil kesempatan kat aku . Bukan ke berdiam diri itu lebih baik dari berkata-kata . Yes , hati aku sendiri yang terluka dan aku sendiri yang merana . Tapi bukan aku yang minta semua tu jadi . Bukan aku yang nak semua tu jadi . Biarlah orang lain yang dapat dia , biarlah orang lain yang jaga dia , aku just anggap aku dengan dia tak ada jodoh . Kalau ada , dan dia cari aku balik , mungkin masa tu aku takkan terima dia , dan mungkin juga aku dah jumpa kebahagiaan aku yang sebenarnya .

Ada yang boleh bagi aku happy :')

Aku takkan kejar benda yang tak mungkin aku dapat . Ada orang yang mampu bagi aku senyum ,ketawa , bahagia . Terima kasih sangat-sangat kat shin shan aku sebab bagi aku ketawa. Teman aku 24 hour . Tak kira busy ke tak . Dia buat aku lupakan apa yang jadi sebanarnya . Dia dah buat aku rasa yakin kat diri aku sendiri . Thanks mohd firdaus bin ariffin :)

Friday, March 2, 2012

Hidup umpama kereta api

Post ni merupakan post yang ketiga . Apa yang aku cuba nak sampaikan kat sini ? aku Sendiri tak tahu , mood aku sekarang ni suruh aku menulis je . Mungkin korang akan keliru dengan post aku yang ni . Sebab ceritanya akan bercampur aduk . Aku akan cuba susun elok-elok .

Yang paling penting mestilah perasaan aku sendiri kan ?
 
Tapi aku sendiri buat endah tak endah je dengan perasaan aku , dengan hati aku , dan dengan kesakitan yang aku rasa sekarang ni . Yes , aku lah kyran yang suka pentingkan hati orang lain sekarang ni . Ada yang mula sedar dengan perubahan sikap aku yang sangat ketara bagi dorang , terutama sekali kawan yang sangat rapat . Kalau dulu aku sangat selfish dengan semua orang termasuk family . Tapi sekarang tak seburuk yang korang semua sangkakan . Aku cuba buang sikap tu sikit demi sedikit . Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar . Cuma , aku tersalah langkah agaknya . Aku sepatutnya mementingkan diri sendiri untuk menjaga hati dan kebahagiaan aku sendiri . Tapi tak apa , semuanya dah jadi . Macam yang korang cakapkan kat aku , semua tu takdir . Kita tak boleh mengundur atau padam balik kenangan , peristiwa samada manis mahupun pahit . Aku sendiri cakap benda yang sama macam korang yang Aku memang bodoh . Sebabnya aku biar orang lain pijak kepala aku macam tu je . Aku biar orang lain hancurkan kebahagiaan aku macam tu je . Tak pe lah wei , biar semua tu Allah yang balas dan tentukan . Aku sabar je dengan semua ni . 

Tahap kesabaran tu memang ada dan boleh meletup bila-bila masa je . 

Ni bukannya ugutan atau apa . Memang betul aku bersabar dan cuba untuk kekalkan kesabaran . Tapi kalau dah melampau sangat semua tu akan meletup bila-bila masa je yang aku nak . Kesian pula kat mereka kalau bom aku ni dah meletup . Tak pasal-pasal satu dunia ni hancur sebabkan baran aku . Mulanya aku nak meletupkan semua bom yang ada , tapi fikir-fikir balik kesian . Takpe sabar dulu . Dengar nasihat semua orang , simpan , kumpul bukti , sabar dengan kata-kata kesat mereka , terima semua keputusan dan redha apa yang akan jadi nanti . Terima hakikat apa yang akan jadi , tu yang paling penting . Menyesal ? mungkin tak . Frust ? mungkin nanti ada sikit . haha . Doa tu paling penting kan ? Yang kat atas tu akan dengar apa yang kita minta , Dia akan tunaikan kalau kene dengan permintaan dan tak menyakitkan hati orang lain .

Menghitung hari . 

Menghitung untuk apa ? Bukan detik bahagia . Tapi detik untuk si dia jujur kat aku . Saat ni yang aku nanti-nantikan . Tak kesahlah apa pun keputusan dia , apa pun rancangan dia , aku terima dengan hati yang ikhlas . 
Hidup ni kan macam kereta apa , ia akan terus berjalan menuju ke destinasi dan tak akan berpatah balik biar apa pun yang terjadi . 

Thursday, March 1, 2012

Bumi ni bulat je

Tiba masa untuk aku cerita apa yang jadi . Actually bukan aku nak cerita , tapi aku tak larat simpan dah . Kalau yang dah pernah rasa macam mana hidup dalam penipuan orang lain , dia taulah peritnya macam mana . Bukan aku tak boleh atasi semua tu . Cuma aku belum cukup kuat untuk selesaikan semuanya dalam sekelip mata .
Kalau nak ikutkan hati , semuanya aku lepaskan . Nasib aku ingat je yang aku ni perempuan , dan kene jaga bahasa . Takut salah langkah apa yang dikejar tak dapat , yang aku gendong plak berciciran .

Mungkin benda tu dah jadi .

Masih macam dulu , aku tetap tak pernah faham dengan kehidupan aku sendiri , aku masih keliru dengan matlamat aku , dan aku masih lagi tercari-cari siapa yang betul-betul ikhlas sayang aku . Aku tak kisah lah korang nak ckp aku ni apa , wei hidup aku . Bukan hidup korang . Susah senang aku yang tanggung .
Ada yang tengah hidup susah , tapi masih lagi dengki kat aku ni . Wei aku bukannya anak tan sri ke apa korang nak dengki . haih . Apa lah manusia . Perempuan lak tu . sebab ni lah aku tak suka kawan ngan perempuan . Sebab ni jugak lah kawan perempuan aku kurang . Sumpah aku cakap , kawan ngan lelaki , dorang tak pernah amik kesempatan pape . Bertahun-tahun aku kawan , semuanya okay .

Rockky ?

Tetiba je keluar pasal dia . Kepada sesiapa yang ada blog lama aku , dan selalu baca semua post aku , dia tau lah siapa rockky .
Mcam tak sangka dia cari aku balik . But why ? apa yang dia nak ? Semua jawapan tu aku kene cari sendiri . Tanpa bantuan orang lain . Aku tak layan ? haha . Aku bukan jenis yang suka bermusuhan . Tambah-tambah lagi dengan dia , dia tak salah pape . Buat apa aku nak marah ke apa . Lagipon dulu aku putus dengan cara baik bagi aku , tak ada gaduh atau maki hamun . Tak salah kalau aku nak berkawan .

Banyak benda yang aku belajar dari berkawan ni . Korang tak payah nak dengki kat aku ni . Tak dapat apa pon . Kalau dah bahagia tu , jaga kebahagiaan tu sendiri . Kalau korang bagi aku merana ke apa , benda tu akan jadi kat korang balik bumi ni bulat je . Semua akan berputar . Kat tempat yang sama . :)