Thursday, June 13, 2013

aku ingin kehidupan yang sempurna

Terlalu sukar untuk kita gambarkan apa yang akan terjadi pada kita nanti . Jodoh , pertemuan , ajal dan maut itu rahsia ALLAH . Kita tak perlu buat tafsiran atau andain apa-apa . Kita perlu bersedia dan redha dengan semua kehendak Dianyg lebih berkuasa . 

Terlalu lama aku menghilangkan diri dari blog ni , kini aku kembali dengan harapan dan kisah baru . Benar kata orang , hidup tak selalunya indah , benar kata ibu , kita diuji kerana disayangi-Nya . syukur Alhamdulillah , walaupun hidup aku tidak seberapa dan penuh dengan penderitaan aku masih lagi bersyukur. Aku yakin setiap kedukaan pasti ada kegembiraan dan setiap penderitaan pasti ada kebahagiaan . Mungkin apa yang terjadi selama ini ada sebabnya . Semuanya terjadi atas kelalaian aku sendiri sebagai seorang manusia . Sepatutnya aku perlu bijak untuk berfikir dan pandai untuk menilai yang mana kaca dan mana satu intan permata . mungkin kalau aku pandai dan berhati-hati , dari awal lagi aku akan jumpa mutiara yang akan menyinari hidup aku sampai akhir hayat . Putus asa ? tak mungkin aku akan putus asa untuk membahagiakan diri dan memperbaiki kesilapan aku . ALLAH itu maha pengambun , penyayang dan Dia mendengar apa yang hamba-Nya inginkan . Tidak kira siapa pun kita , sejahil mana pun kita , Dia ada dan tak pernah penat untuk menerima pengampunan dari kita . 

Aku tak lah sesempurna Siti Aisyah , tapi aku masih lagi belajar untuk menjadi sempurna di mata Dia yang maha kuasa . Aku memang bukan malaikat tapi aku cuba untuk jadi seorang manusia dan bukan syaitan . Makin laju aku melangkah ke masa hadapan mungkin makin banyak dosa yang aku lakukan . Aku cuba baiki semua kecacatan dalam diri , aku cuba buang sifat buruk dalam diri dan aku cuba menjadi seorang yang soleha . Aku selalu mengimpikan yang aku akan menjadi perempuan yang tidak pernah melalukan kesalahan dan tidak ada dosa dalam diri . Tapi aku hanya manusia , aku hanya manusia yang masih lagi bertatih dan mengenal huruf dunia , aku masih lagi belajar mengeja dan baru belajar untuk membezakan yang mana dosa dan pahala . Syukur aku masih mampu hidup di dunia yang sementara ini . Syukur Alhamdulillah , aku masih lagi mampu bertatih dan berjalan menuju ke jalan ALLAH .