Wednesday, April 25, 2012

Hidup bagaikan lagu

Seperti lagu , liriknya selalu indah dan setiap insan yang mendengar pasti akan menghargai setiap iramanya . Seperti hidup juga , semua manusia akan menghargai satu sama lain tapi bukan aku . Adakah aku dihargai ? Timbul lagi satu persoalan dalam hidup aku harini .

Dimanakah dia ?

Aku tak pernah bosan untuk menantikan detik indah dalam hidup aku . Aku takkan berputus asa untuk memberi kebahagiaan untuk diri aku dan juga orang lain . Biarlah aku disakiti dahulu asalkan kemudian hari aku bahagia . Tapi , kadangkala aku terfikir bila aku akan bahagia dan tiada orang yang menyakitik hati aku . Bila semua masalah akan berakhir ? Bila hidup kita akan dihiasi dengan nada yang indah ? Harini semuanya menjadi rumit kembali . Aku ingin berkongsi segala suka dan duka aku bersama dia , tapi tak semudah yang disangkakan . Aku tak mampu untuk berkongsi cerita dengan dia , walaupun satu . Aku cuba menghubungi dia harini , tapi tak dapat . Apa yang jadi sebenarnya ? Mana dia ? dengan siapa ? uhh sometimes i fell like nobody's here with me . Ada boyfriend macam tak ada . Aku tak penting ke ? Apa yang tak cukup kat aku ? 
Apa yang kurang ? Cacat ke aku ni ? tak layak ke untuk disayangi ? Uhh fuck ! liffe like a bitch . 

Hidup bagaikan lagu . 

Kadangkala iramanya rancak , kadangkala iramanya bertukar perlahan . Pelbagai genre yang ada , yang senang kita faham dan sukar kita faham . Biasanya lagu selalu diakhiri dengan perkara yang indah walaupun dalam kesedihan . Ada juga yang diakhiri dengan perpisahan tetapi tetap ada nada kegembiraan . Macam tulah kehidupan , apa yang kita tulis dalam lirik tersebut , ia selalu dikaitkan dari kehidupan kita sendiri . Kita cuba memahami lirik yang sukar kita fahami , kita cuba tafsirkan lirik yang kita dengarkan , dan kita cuba menyanyikan semula lagu tersebut . Tanpa kita sedari kita berjaya memahami setiap baris ayat dalam lirik itu , diluar jangkaan , kita dah pun mentafsirkan maksud lirik tersebut dan tanpa orang lain dengar kita sudahpun mendendangkan lagu itu sesuai dengan iramanya . 

Hargai pengorbanan saya 

Diri ini tak pernah minta intan atau permata , tidak mahukan kemawahan atau sebaliknya . Diri ini hanya memerlukan kasih sayang , cinta dan selalu dihargai . Diri ini juga tak mahu orang lain sia-siakan kasih sayang dan pengorbanan jiwa yang pernah ditangisi . Aku hanya mahukan kau hargai setiap air mata yang pernah aku mengalirkan untuk kau . Aku hanya mahukan kau sedar dan faham apa maksud setiap air mata yang aku mengalirkan untuk mempertahankan hubungan kita . Aku mahukan kau hargai air mata yang pernah aku mengalirkan semata-mata untuk meninggikan balik maruah aku sebagai seorang perempuan dan sebagai insan yang sangat membutuhkan kasih sayang dari insan yang digelarkan kekasih . Hati ini cuma mahukan kau untuk menyayangi aku dengan ikhlas dan bukan paksaan . Hati ini cuma mahukan kkau sebagai seorang kekasih jujur dengan setiap perbuatan dan kata-kata . Hati ini tidak mahukan kebencian . Tidakkah kau dengar tangisan dari air mata aku yang tidak sanggup lagi mengalir kerana penyeksaan ? Tidakkah kau dengar jeritan hati kerana tidak sanggup untuk menahan kesakitan dari luka yang telah kau goreskan ? 

Irama tidak akan berhenti jika lagu masih berkumandang . :')