Tuesday, June 5, 2012

Kesempurnaan

Aku masih lagi sedar siapa aku dalam hati dia . Aku bukanlah seorang insan yang sempurna untuk dia dan aku takkan sempurna selagi dia menganggap aku begitu . Aku takkan merasa penat dengan segala pengorbanan yang pernah aku lakukan selama kami bersama . Mungkin ada hikmah disebalik segala perbuatan kami dan mungkin kami akan dapat ganjaran dengan semua perkara yang berlaku , sama ada baik atau buruk aku hanya perlu berdoa agar hubungan kami berjalan dengan lancar . Aku cuba untuk perbaiki kesilapan yang aku lakukan , aku cuba untuk menyempurnakan diri aku untuk dia dan aku akan lakukan apa sahaja selagi aku mampu .

Berdiam diri mungkin yang terbaik bagi aku . Aku tak mampu untuk berbicara lagi tentang hubungan kami pada dia . Itu akan menimbulkan masalah untuk hubungan kami walaupun ianya tidak salah untuk kami bincangkan , bagi dia ia tetap salah . Aku cuba mengukirkan keindahan dan terangkan cahaya dalam hubungan kami . Tetapi baru aku sedar aku tak mampu , aku perlu biarkan sahaja dia berkawan dengan siapapun yang dia mahukan . Aku perlu biarkan sahaja apa yang dia mahu lakukan dan aku tidak perlu bertanya atau ikut campur dalam segala urusan dia . Biarpun hati ini sakit , aku perlu paksa diri aku untuk berdiam sahaja . Aku perlu menutup mulut dan tersenyum dengan apa sahaj yang dia mahu lakukan , Mungkin betul aku tak patut untuk mengambil tahu tentang kawan-kawannya dan menghalang dengan siapa dia berkawan atau apapun yang dia mahu lakukan . Dia meningkat dewasa dan mampu untuk membezakan yang mana baik dan buruk .

Aku mengharapkan yang dia dapat memahami aku dan menjaga sepenuh hati aku . Aku juga mahukan hubungan kami kekal seperti orang lain . Aku juga mahukan kekasih hati yang pandai mengambil hati dan mengaambil berat tentang penat lelah aku . Terlalu banyak dugaan yang melanda diri aku . Tidak putus-putus ujian yang ALLAH berikan pada aku . Aku bagaikan berputus asa dengan kehidupan aku sendiri . Apa akan jadi esok dan lusa ? Apa lagi yang bakal menimpa diri aku selepas ini ? Apa akan jadi dengan hubungan kami ? Ya ALLAH kau kuatkanlah dan tabahkanlah hati aku untuk menghadapi ujianMu . Kau kekalkanlah hubungan kami sehingga ke akhir hayat kami . Kau jauhkanlah segala gangguan yang boleh meruntuhkan kebahagiaan kami . :')