Saturday, June 29, 2013

masih bertatih

Hidup ni ibarat roda . Kita di atas bumi yang sedang berbutar . Sekiranya kita selalu berada di atas , ingatlah bahawa satu hari nanti kita akan jatuh juga . Jangan takbur dan sombong atas kebahagiaan yang diperoleh sekarang ni . Aku berkata-kata bukanlah untuk mendoakan kejatuhan sesama manusia , tapi beringatlah wahai manusia , kita hidup ni hanya sementara . Kalau kita terlalu angkuh dengan kemenanga di dunia macam mana pula diakhirat nanti . iya , memang benar kata kamu , aku ni tidaklah selayak kamu semua untuk berkata-kata dalam soal dosa dan pahala . Aku ni tidaklah sesempurna kamu untuk berkata-kata soal akhirat , tapi aku sebagai seorang manusia layak mengingatkan orang yang angkuh seperti kamu .
Aku masih lagi bertatih untuk belajar berjalan . Aku masih lagi mengeja untuk mahir membaca agar bicara aku sempurna . Mungkin aku lemah dan kelihatan tidak mampu untuk menghadapi ujian dariNya dan mungkin aku kelihatan kekok untuk pulihkan segala kecacatan dalam diri , tetapi semua ni bukanlah penghalang untuk aku bangun dan berdiri semula tanpa CINTA , KASIH dan SAYANG dari seorang lelaki. 
Aku tidak akan biarkan batu-batu menghalang laluanku , dan aku tidak akan biarkan api cuba membakar kelilingku . 

Sekali lagi aku mengalah untuk kebahagiaan orang lain . Aku mendiamkan diri bukan bermakna aku mengalah dengan kehidupan aku , tetapi aku hormat pada kaum yang digelar PEREMPUAN . Ya benar , semua orang inginkan impiannya tercapai , semua orang inginkan kebahagiaan dunia dan akhirat . Disebabkan aku inginkan kebahagiaan di akhirat , aku mula melangkah ke dunia baru dan berikan saja kemenangan untuk dia . Tidak pernah tersimpan dendam atau merasa marah dalam hati ini , malah aku mendoakan agar mereka berdua bahagia . Alhamdulillah mereka bahagia sekarang . Aku tidak pernah menganggu hubungan siapa-siapa pun . Kalau si dia tidak mengungkapkan kata-kata manis dan cinta mungkin aku tidak akan memberi sepenuh hati aku pada dia . Kalau si dia jujur dan ikhlas pada kekasihnya , mungkin saja dia tidak akan berlaku curang . Semuanya terletak pada diri sendiri . Tidak ada pihak yang benar dan salah . Kita manusia , bukan hak aku untuk menghukum si dia . Biarlah ALLAH yang memberi pengajaran pada dirinya kerana menjatuhkan air mata seorang perempuan . 

Subhanallah , makin hari makin ramai pula kaum adam yang tidak pernah sedar atas kesilapannya . Semakin hari semakin ramai kaum hawa yang cuba untuk bangun semula lepas dipermainkan oleh kaum adam . Peringatan untuk kaum hawa juga , jangan sesekali kita membalas dendam dan melukakan orang yang menyayangi kita , ALLAH itu wujud , nampak apa yang kita lakukan . Sia-sia sahaja kemenangan dan kebahagiaan yang kita peroleh nanti , semuanya akan ditarik balik . insha Allah . 

Friday, June 14, 2013

ya ALLAH , ya MUhaimin ,

Bismillahirahhmanirrahim ,

kita hanya manusia  ,
sering melakukan kesilapan ,
mungkin kita sedar akan semua kesilapan kita ,
ataupun mungkin tidak .

Kita cuma seorang hamba ALLAH ,
hamba yang tidak akan pernah sempurna ,
tidak akan pernah cukup sifatnya .
kelalaian dan kecacatan diri sendiri menjadi punca ,
semua adalah punca kepada kejahilan kita sendiri .

subhanALLAH ,
banyaknya dosa aku ya ALLAH ,
jahilnya aku ya ALLAH ,
masih layakkah aku kembali kejalanmu ?
masih ada lagikah waktu untuk aku kembali pada-Mu ,
adakah taubatku diterima oleh mu .

Ya Muhaimin ,
peliharalah aku dari perkara yang tidak diingini ,
peliharalah hamba-Mu ini dari perkara yang dikeji .
Engkau maha pengampun ,
ampunilah dosa aku , berilah aku peluang untuk kejalan-Mu ,
bimbinglah aku untuk ke syurga-Mu .

Ya ALLAH , ya ALLAH , ya ALLAH .

air mata ini mengalir kerana-Mu ,
aku menangis kerana mengharapkan pengampunan dari-Mu ,
aku merintih kerana ingin menghapuskan segala dosaku .
Ingin rasanya aku meronta kerana mahukan keredhaan dari-Mu ,
tapi aku tahu , aku tidak perlu meronta untuk mengharapkan sesuatu dari-Mu ,
ini doaku ya ALLAH ,
kau maha mendengar ,
ini harapanku ya ALLAH ,
ampinilah aku .

amin , ya rabbal alamin ..



































Thursday, June 13, 2013

aku ingin kehidupan yang sempurna

Terlalu sukar untuk kita gambarkan apa yang akan terjadi pada kita nanti . Jodoh , pertemuan , ajal dan maut itu rahsia ALLAH . Kita tak perlu buat tafsiran atau andain apa-apa . Kita perlu bersedia dan redha dengan semua kehendak Dianyg lebih berkuasa . 

Terlalu lama aku menghilangkan diri dari blog ni , kini aku kembali dengan harapan dan kisah baru . Benar kata orang , hidup tak selalunya indah , benar kata ibu , kita diuji kerana disayangi-Nya . syukur Alhamdulillah , walaupun hidup aku tidak seberapa dan penuh dengan penderitaan aku masih lagi bersyukur. Aku yakin setiap kedukaan pasti ada kegembiraan dan setiap penderitaan pasti ada kebahagiaan . Mungkin apa yang terjadi selama ini ada sebabnya . Semuanya terjadi atas kelalaian aku sendiri sebagai seorang manusia . Sepatutnya aku perlu bijak untuk berfikir dan pandai untuk menilai yang mana kaca dan mana satu intan permata . mungkin kalau aku pandai dan berhati-hati , dari awal lagi aku akan jumpa mutiara yang akan menyinari hidup aku sampai akhir hayat . Putus asa ? tak mungkin aku akan putus asa untuk membahagiakan diri dan memperbaiki kesilapan aku . ALLAH itu maha pengambun , penyayang dan Dia mendengar apa yang hamba-Nya inginkan . Tidak kira siapa pun kita , sejahil mana pun kita , Dia ada dan tak pernah penat untuk menerima pengampunan dari kita . 

Aku tak lah sesempurna Siti Aisyah , tapi aku masih lagi belajar untuk menjadi sempurna di mata Dia yang maha kuasa . Aku memang bukan malaikat tapi aku cuba untuk jadi seorang manusia dan bukan syaitan . Makin laju aku melangkah ke masa hadapan mungkin makin banyak dosa yang aku lakukan . Aku cuba baiki semua kecacatan dalam diri , aku cuba buang sifat buruk dalam diri dan aku cuba menjadi seorang yang soleha . Aku selalu mengimpikan yang aku akan menjadi perempuan yang tidak pernah melalukan kesalahan dan tidak ada dosa dalam diri . Tapi aku hanya manusia , aku hanya manusia yang masih lagi bertatih dan mengenal huruf dunia , aku masih lagi belajar mengeja dan baru belajar untuk membezakan yang mana dosa dan pahala . Syukur aku masih mampu hidup di dunia yang sementara ini . Syukur Alhamdulillah , aku masih lagi mampu bertatih dan berjalan menuju ke jalan ALLAH .