Thursday, March 15, 2012

firdaus , saya mohon jangan seksa saya

Mungkin aku belum cukup sempurna untuk dia . Mungkin aku belum layak untuk bahagiakan dia . Tapi aku terus mencuba dan mencuba untuk menjadi sempurna agar dia bahagia dan aku cuba untuk melayakkan diri aku agar dia rasa diri dia disayangi . Aku terus mencuba untuk meyakinkan hati dia dan hati aku agar tiada yang terluka . Aku terlalu sayangkan dia . Ya ALLAH , bantulah hamba-Mu yang lemah lagi hina ini .

Kebahagiaan untuk aku hanya seketika

Kenapa masih ada kedukaan dalam diri ini ? Tak layak ke untuk aku bahagia ? Tak layak ke untuk aku menerima cinta dari dia ? Dan tak layak ke untuk aku terus merasa disayangi dan didampingi ? Kenapa bahagia hanya singgah sekjap je dalam hidup aku ? Apa aku ni tak layak untuk bahagia ? Berharap yang dia terus berada di sisi aku , berharap yang dia takkan meninggalkan aku , berharap yang dia terus menemani aku dan berharap yang dia terus membahagiakan aku . Tapi , adakah semua yang aku harapkan itu ditunaikan ? Begitu banyak sekali persoalan yang timbul .

Airmata yang selalu menemani aku . Melodi kehidupan yang mendendangkan irama-irama suka dan duka dalam kebahagiaan . Air mata turut menemani , dan meyakinkan hati ini bahawa masih ada yang sayang . Semakin kuat hati ini menjerit agar tidak ada luka dan tiada lagi kedukaan . Jiwa ini merintih agar dia terus didampingi dan tidak ditinggalkan . Air mata ini jatuh dengan paksaan kerana tidak mahu mengalir kerana kekecewaan . Diri ini merayu agar tiada lagi seksaan .

Dengan dendangan irama , titisan hujan dan airmata , aku bersumpah bahawa aku terlalu menyayangi dia . Aku juga bersumpah tiada cinta lain selain darinya . Cinta , kasih dan sayang aku hanya untuk dia . Sayang , ketahuilah bahawa hati ini semakin terluka jika kamu terus berdiam diri dan meninggalkan tanpa sebab . Jika dia buntu , aku juga buntu . Buntu untuk memikirkan bagaimana lagi cara untuk aku meyakinkan dirinya bahawa aku terlalu menyayangi dia . Aku tidak pernah lelah untuk meyakinkan dia .