Monday, May 14, 2012

Aku maafkan

Aku hanya seorang manusia yang selalu melakukan kesalahan dan kadangkala gagal untuk membahagiakan semua orang disekeliling aku . Aku cuma mengharapkan teguran dengan cara memberi semangat dan bukan meletakkan aku di zon tekanan atau apa sahaja yang boleh menyeksa perasaan aku sendiri . Manusia sukar untuk memaafkan antara satu sama lain . Mengapa ? Terlalu kejam kerana meyeksa si pesalah seperti aku ni . Sedangkan ALLAH itu maha mengampuni . Aku juga manusia yang sedar bahawa kita patut memaafkan semua kesalahan orang sekeliling  kita . Aku hanya manusia dan tak layak untuk menghukum insan yang juga bergelar manusia seperti aku . Aku bukanlah seorang pendendam yang macam semua orang sangkakan . Aku tidak sekejam itu , aku tidak mampu untuk terus menerus menghukum mereka yang telah menyakiti hati aku . Aku sudah lama memaafkan semua kesalahan mereka yang berjaya mengalirkan air mata dan menyeksa perasaan aku . Sekarang aku cuma mengharapkan mereka sedar dengan apa yang pernah berlaku dalam hidup masing-masing dan dapat belajar dari semua perbuatan masing-masing . Mungkin bagi mereka kat luar tu menganggap aku tak pernah layak untuk berkata-kata sedemikan , tidak mengapa . Ini hanya isi hati aku sahaja . Aku selalu mendoakan kebahagian setiap insan yang wujud dan pernah hadir dalam hidup aku walaupun hanya seketika , mahupun mereka yang tidak pernah ikhlas untuk mermbahagiakan aku dan berkawan dengan aku . Bagi aku , doa itu satu jalan yang boleh membantu semua orang dalam satu masa . 

Kadangkala air mata ini mengalir bila aku melihat mereka dalam kesusahan dan dibelenggu masalah . Aku cuba untuk membantu , tapi siapa aku ? Apa hak aku ? Aku langsung tak layak untuk bantu mereka . Aku tak mampu untuk memberi senyuman tatkala mereka mahukan orang sekeliling perihatin dengan mereka . Melihat , mengharap dan mendoakan sahaja dari jauh . Berkata-kata seorang diri , bersama hati dan perasaan sendiri . Bagaikan hidup seorang diri . Aku mahu meminta maaf pada sahabat yang terlalu marah dengan tindakan aku yang selalu mendoakan dan telah memaafkan mereka , aku perlu memaafkan mereka , itu yang lebih baik dari semua tindakan . Biarkan dia yang pernah meruntuhkan kebahagiaan aku gembira dengan kemaafan aku , dia berhak mendapat kemaafan dari aku . Biarkan dia yang pernah menyakiti diri aku setiap hari bebas dengan segala penyesalan dan perbuatannya pada aku . Aku tahu dia tak pernah bermaksud untuk melakukan semua penyeksaan terhadap aku . Biarkan dia yang telah menjatuhkan aku tahu bahawa aku sudah lama memaafkan perbuatannya yang keji itu . Biarkan dia yang pernah melupakan aku dan percaya pada kata-kata orang lain itu sedar bahawa dia sebenarnya tidak pernah salah kerana meninggalkan aku saat aku terlalu memerlukan dia . Aku bersyukur kerana tanpa bantuan mereka yang kejam itu , aku belajar untuk meneruskan kehidupan . Aku belajar untuk menjadi insan yang kuat dan tabah . Tanpa mereka aku tak mampu untuk bahagia sekarang . 

Biarkanlah yang mendengki itu teruskan mendengki . Biarlah yang membenci itu terus membenci :')