Friday, April 6, 2012

saya tak sekuat kamu

Perlukah aku mengalirkan air mata lagi ? Sanggupkah kamu semua melihat aku berduka lagi ? Sebagai seorang manusia, tegakah kamu terus menyakiti hati aku ? Sesungguhnya hanya ALLAH sahaja yang tahu dan mengerti apa yang dialami oleh aku sekarang .

Aku keliru dengan hubungan mereka . Pelbagai benda yang aku temukan sebentar tadi . Aku cuba bertanya pada empunya hati , apakakh yang sedang berlaku antara dia dan kekasih hati aku . Apakah mereka sedang hangat bercinta ? Dan aku hanya lalang disebalik kebahagiaan mereka . Subhanallah , aku tidak bermaksud untuk menggangu hubungan orang lain . Dengan nama ALLAH aku bersumpah , aku tidak tahu apa-apa . Ya, ALLAH . Izinkan hamba-Mu yang lemah ini mencari jawapan dan kebenarannya . Aku tahu , sesungguhnya aku tidak layak untuk mendapatkan kebahagiaan ya ALLAH . Dengan namaMu aku bersumpah bahawa dia yang teramat aku cintai selepas mu dan nabi Muhammad serta keluargaku . Dengan namaMu aku bermohon agar jalan yang aku lalui ini selalu dipermudahkan .

Bila masalah sebegini timbul , aku mula berfikir . Apakah dosa aku pada mereka semua . Tidakkah kami sama , manusia juga . Mengapa perlu ada kedukaan dalam hidup ? Dan sekarang aku mula berfikir dan mengingati semula apa yang pernah dikatakan oleh arwah dahulu . Aku salah , kerana tidak mendengarkan segala nasihat dia sebelum dia menghembuskan nafas yang terakhir. Benar , perkara itu telah bertahun-tahun berlalu . Tetapi hati ini selalu ada dirinya untuk menguatkan semangat aku . Maafkan aku kerana mengingkari janji aku pada mu sayang . Maafkan aku kerana tidak dapat mencari insan yang terbaik untuk digantikan diri kamu . Ampunkan aku kerana tidak pernah menerima segala ujian dari ALLAH selepas kehilangan kamu . Aku tahu aku amat berdosa kerana mengingkari dan tidak menerima ujian dari ALLAH dengan redha , kerana psrah sudah menguasai diriku . Sayang , aku teramat merindui kamu . Setiap detik dan saat aku selalu bermohon agar kau diaatas selalu menanti dan terus berdoa untuk aku menemui jalan kebahagiaan di dunia dan akhirat . Aku juga mohon agar Allah kekalkan jodoh ku dengan si dia yang aku cintai sekarang .