Friday, March 9, 2012

you're everything sayang

Orang cakap bahagia tu ada di mana-mana je . Tetapi kita perlu rajin untuk mencarinya . Ia takkan lari dari kehidupan kita dan ia takkan pernah hilang dari hidup kita . Kebahagiaan selalu disembunyikan oleh kedukaan . Sebab itulah kita takkan dapat menemui kebahagiaan jika kita terus ditemani dengan kedukaan .
Aku dah pun berjaya membuang semua kedukaan dan menerima kebahagiaan . Dengan kehadiran insan tersayang , aku senantiasa tersenyum dengan penuh kegembiraan . Aku berharap tiada lagi kedukaan dalam hidup aku . Adat orang bercinta , kadangkala bertengkar , perselisihan faham dan cemburu . Tugas aku hanya perlu mengelakkan dari semua tu berlaku . Memang aku orang yang kuat cemburu , tapi tak bermakna cemburu tu akan kawal diri aku . Aku takkan biarkan cemburu itu menguasai jiwa dan hati aku . 
Aku perlu belajar untuk menunaikan janji dan tidak selalu menabur janji . 
Aku inginkan dia bahagia . Aku mahukan dia selalu tersenyum dan ketawa . Aku tidak mampu untuk melihat dia berduka . Alhamdulillah setakat ni kami selalu ketawa bersama . Dia begitu jauh dari mata , tapi selalu berada di hati dan takkan pernah hilang dari hati . 

Sayang i nak you tahu yang i sayangkan you , i tak pernah lupa untuk sayang you , i tak pernah berhenti menyayangi you , i tak pernah berhenti mencuba untuk membahagiakan you . Kita jauh sayang , i tak nak you lupakan i , i taknak you lupa janji kita dan i tak nak you tinggalkan i . I akan terus cuba bahagiakan you sayang . I takkan letih untuk buat you bahagia . I takkan pernah jemu untuk sayang you . Thanks for being here with me baby . Sayang , tunggu i datang Melaka okay ? tak sabar nak jumpa you , bie . I love you so much .