Friday, May 18, 2012

simple me :))

Tidur tak lena sejak dua tiga hari ni . Macam-macam yang menggangu . Makin banyak masalah yang timbul dan kebanyakannya susah nak selesai . Cukup hanya melelapkan mata dalam masa sejam atau dua jam , kemudian mata aku kembali segar walhal diri ni terasa penat . 

Aku memang seorang yang banyak bercakap dan tak berhenti buat orang lain ketawa . Senang untuk berkomunikasi dengan orang lain samada baru kenal ataupun dah lama , family senang dengan perangai aku yang selalu warnai kehidupan dengan lawak jenaka dan gelak ketawa aku . Aku akan cerita apa saja yang boleh buat mereka semua tertawa . Tapi aku akan menjadi pendiam bila ada masalah . Betul ke ? Aku jarang bercerita dengan orang lain tentang masalah aku dan miinta pendapat mereka . Aku cuba selesaikan semuanya sendiri walaupun aku sendiri tahu yang aku taak mampu untuk membetulkan semua perkara dalam satu masa . Aku ramai kawan tapi kurang sahabat . Aku sukar untuk percaya orang lain terutamanya perempuan , sebabnya perempuan aadalah orang yang paling susah untuk menyimpan rahsia dik kerana mulutnya berbanding lelaki , mereka pandai meyimpan rahsia walau kadang-kadang mereka ni menyakitkan hati . Aku lebih tenang dan senang berkawan dengan lelaki berbanding perempuan . Family aku pun tak kesah dengan persahabatan aku dengan mereka semua . Bagi dorang , kawan itu tidak kira dengan sesiapa . Jangan salah anggap , aku takkan ada perasaan lebih dari seorang kawan dengan mereka semua , Cukup hanya sebagai teman untuk suka dan duka . Aku selalu pentingkan batas-batas antara kami . Alhamdulillah mereka sendiri pun tahu , so aku tak payah susah-susah untuk ingatkan . 
Mungkin buah hati saya tak berapa suka dengan pergaulan aku dan kawan-kawan aku . Benar tiada kekasih yang suka orang yang disayanginya berkawan dengan jantina yang bertentangan . Aku cuba yakinkan dia , dia segalanya untuk aku . Aku tak pernah kisah dengan pergaulan dia dan kawan-kawannya . Dia juga ada kawan perempuan , aku cuba elakkan sifat cemburu untuk kebahagiaan kami . Aku cuba kurangkan pergaulan aku dengan semua kawan-kawan untuk menjaga hati dia . Aku juga mengharapkan dia buat perkara yang sama . :)) 

Masih ada yang belum memahami aku .

Walaupun mereka sahabat aku , mereka masih tak kenal siapa aku yang sebenarnya . Mereka belum bersedia untuk mengenali aku dengan sepenuhnya macam tu juga si dia . Semua orang susah nak faham aku , apa yang aku inginkan dan apa yang aku tidak inginkan . Sedangkan family pun masih lagi tercari-cari siapa aku sebenarnya inikan pula mereka , sudah tentu bila aku separuh abad nanti baru mereka sedar dan melihat aku . Aku orang yang tidak pernah suka dipaksa . Tapi kadang-kadang aku memaksa diri aku untuk melakukan sesuatu yang aku sendiri tak mampu lakukannya . Aku orang yang mementingkan diri sendiri , tetapi kadang-kaadang aku akan mengalah . Yang ini sangat berbeza , aku akan fikirkan hati dan perasaan aku dulu dan kemudian aku akan fikirkan pasal orang lain . Bila aku mementingkan perasaan orang lain , semua orang akan tengok perubahan aku , yang tak akan pernah ambil tahu pasal perkara tu . Aku seorang yang senang merasa tertekan . yang ini pula bahaya sebabnya bila kita tertekan,stress macam-macam perkara akan jadi . Aku ni tak boleh ada masalah , aku akan terus berfikir dan berfikir sampai masalah tu selesai . Selalunya akaan memudaratkan diri sendiri . Migrain yang teruk dan paling teruk panas baran aku akan automatic wujud . Orang sekeliling akan menjadi mangsa utama . Tetapi , ada kalanya aku akan senyap dengan hanya menangis sorang diri . Ini aku yang sebenarnya . Aku juga seorang yang sangat sensitif . Sama jugak , aku akan menangis dan hanya diam membisu , orang akan tengok aku masih lagi ketawa dan tersenyum tapi di dalam aku menangis :))