Wednesday, July 3, 2013

sejenak

Assalamualaikum , 

Petang yang mendung dan hari semakin gelap . Matahari kian hilang dan kelihatan cahaya bulan sikit demi sedikit . Aku ingin mengambil masa sebentar sahaja sementara menunggu azan maghrib berkumandang . Aku berfikir sejenak tentang masa hadapan . Aku termenung seketika dan mula memikirkan sesuatu . Fikiran semakin buntu bila fikirkan apa yang akan terjadi pada diri aku . Ingin sekali aku majukan diri aku , ingin sekali aku memberi kejayaan pada diri aku dan aku teringin juga ingin membanggakan diri aku sendiri . Tapi apa yang perlu aku banggakan dengan kehidupan yang macam ni . Apa yang aku perlu banggakan dengan kehidupan yang tiada pekerjaan tetap , apa yang aku perlu banggakan dengan diri aku sendiri ? Bekerja sahaja tidak pernah tetap , bila ada masalah , cepat sangat aku jatuh dan biarkan orang lain ketawa . 
Aku cuba berfikir lagi , mungkin ada benda lain yang aku mampu buat dan orang lain tak boleh memandang rendah pada minat aku . Perlu ke kamu semua memtertawakan keinginan diri aku ? Tidak perlu rasanya . Aku takkan berdiam diri dan aku takkan biarkan orang lain pijak kepala aku .