Friday, May 25, 2012

masih perlukan kau Maira !

Tiada siapa yang sudi memberi senyuman dan menggembirakan aku lagi di saat aku kesedihan . Dia pergi jauh meninggalkan aku dan tak akan datang kembali . Kami sekarang berada di dunia yang sangat berbeza . Kenapa begitu ceppat dia pergi ? Kenapa bukan aku yang di ambil dahulu ? Kenapa dia ? Maira , aku tak sanggup hidup tanpa kau . Susah senang kita selalu bersama . Maafkan aku sebab tak mampu untuk terima kenyataan yang kau dah tak ada . Masih terngiang-ngiang lagi suara ketawa kau dan aku masih lagi terbayang-bayang senyuman yang selalu kau ukirkan untuk aku . Aku masih lagi rasakan pelukan kau Maira . Mai , aku sedih , aku menangis , dan aku merintih kesakitan . Kau nampak taak dari sana , kau rasa tak kesedihan aku ? Aku harapkan kau ada kat sisi aku untuk tenangkan aku . Mai , doakan aku dari sana agar aku bahagia di dunia . Maira , maafkan aku sebab aku masih lagi menangis , aku tak mampu untuk tunaikan janji-janji aku kat kau . Aku masih tak mampu nak beri kebahagiaan untuk diri aku sendiri . Aku lupa semua apa yang pesan kat aku . Datanglah kat aku , aku masih perlukan kau . Terlalu cepat kau tinggalkan aku . Kau janji yang kau takkan tinggalkan aku . Tapi sekarang kau tinggalkan aku . Kalau dia tinggalkan aku , aku dah tak de siapa-siapa . Aku rindu kau ! Kau datang kat aku ye Mai , sekejap pun jadilah . Aku nak pelok kau , aku tak sempat nak pelok kau . Aku tak sempat nak kucup kau untuk kali terakhir .

Friday, May 18, 2012

simple me :))

Tidur tak lena sejak dua tiga hari ni . Macam-macam yang menggangu . Makin banyak masalah yang timbul dan kebanyakannya susah nak selesai . Cukup hanya melelapkan mata dalam masa sejam atau dua jam , kemudian mata aku kembali segar walhal diri ni terasa penat . 

Aku memang seorang yang banyak bercakap dan tak berhenti buat orang lain ketawa . Senang untuk berkomunikasi dengan orang lain samada baru kenal ataupun dah lama , family senang dengan perangai aku yang selalu warnai kehidupan dengan lawak jenaka dan gelak ketawa aku . Aku akan cerita apa saja yang boleh buat mereka semua tertawa . Tapi aku akan menjadi pendiam bila ada masalah . Betul ke ? Aku jarang bercerita dengan orang lain tentang masalah aku dan miinta pendapat mereka . Aku cuba selesaikan semuanya sendiri walaupun aku sendiri tahu yang aku taak mampu untuk membetulkan semua perkara dalam satu masa . Aku ramai kawan tapi kurang sahabat . Aku sukar untuk percaya orang lain terutamanya perempuan , sebabnya perempuan aadalah orang yang paling susah untuk menyimpan rahsia dik kerana mulutnya berbanding lelaki , mereka pandai meyimpan rahsia walau kadang-kadang mereka ni menyakitkan hati . Aku lebih tenang dan senang berkawan dengan lelaki berbanding perempuan . Family aku pun tak kesah dengan persahabatan aku dengan mereka semua . Bagi dorang , kawan itu tidak kira dengan sesiapa . Jangan salah anggap , aku takkan ada perasaan lebih dari seorang kawan dengan mereka semua , Cukup hanya sebagai teman untuk suka dan duka . Aku selalu pentingkan batas-batas antara kami . Alhamdulillah mereka sendiri pun tahu , so aku tak payah susah-susah untuk ingatkan . 
Mungkin buah hati saya tak berapa suka dengan pergaulan aku dan kawan-kawan aku . Benar tiada kekasih yang suka orang yang disayanginya berkawan dengan jantina yang bertentangan . Aku cuba yakinkan dia , dia segalanya untuk aku . Aku tak pernah kisah dengan pergaulan dia dan kawan-kawannya . Dia juga ada kawan perempuan , aku cuba elakkan sifat cemburu untuk kebahagiaan kami . Aku cuba kurangkan pergaulan aku dengan semua kawan-kawan untuk menjaga hati dia . Aku juga mengharapkan dia buat perkara yang sama . :)) 

Masih ada yang belum memahami aku .

Walaupun mereka sahabat aku , mereka masih tak kenal siapa aku yang sebenarnya . Mereka belum bersedia untuk mengenali aku dengan sepenuhnya macam tu juga si dia . Semua orang susah nak faham aku , apa yang aku inginkan dan apa yang aku tidak inginkan . Sedangkan family pun masih lagi tercari-cari siapa aku sebenarnya inikan pula mereka , sudah tentu bila aku separuh abad nanti baru mereka sedar dan melihat aku . Aku orang yang tidak pernah suka dipaksa . Tapi kadang-kadang aku memaksa diri aku untuk melakukan sesuatu yang aku sendiri tak mampu lakukannya . Aku orang yang mementingkan diri sendiri , tetapi kadang-kaadang aku akan mengalah . Yang ini sangat berbeza , aku akan fikirkan hati dan perasaan aku dulu dan kemudian aku akan fikirkan pasal orang lain . Bila aku mementingkan perasaan orang lain , semua orang akan tengok perubahan aku , yang tak akan pernah ambil tahu pasal perkara tu . Aku seorang yang senang merasa tertekan . yang ini pula bahaya sebabnya bila kita tertekan,stress macam-macam perkara akan jadi . Aku ni tak boleh ada masalah , aku akan terus berfikir dan berfikir sampai masalah tu selesai . Selalunya akaan memudaratkan diri sendiri . Migrain yang teruk dan paling teruk panas baran aku akan automatic wujud . Orang sekeliling akan menjadi mangsa utama . Tetapi , ada kalanya aku akan senyap dengan hanya menangis sorang diri . Ini aku yang sebenarnya . Aku juga seorang yang sangat sensitif . Sama jugak , aku akan menangis dan hanya diam membisu , orang akan tengok aku masih lagi ketawa dan tersenyum tapi di dalam aku menangis :)) 



Monday, May 14, 2012

Aku maafkan

Aku hanya seorang manusia yang selalu melakukan kesalahan dan kadangkala gagal untuk membahagiakan semua orang disekeliling aku . Aku cuma mengharapkan teguran dengan cara memberi semangat dan bukan meletakkan aku di zon tekanan atau apa sahaja yang boleh menyeksa perasaan aku sendiri . Manusia sukar untuk memaafkan antara satu sama lain . Mengapa ? Terlalu kejam kerana meyeksa si pesalah seperti aku ni . Sedangkan ALLAH itu maha mengampuni . Aku juga manusia yang sedar bahawa kita patut memaafkan semua kesalahan orang sekeliling  kita . Aku hanya manusia dan tak layak untuk menghukum insan yang juga bergelar manusia seperti aku . Aku bukanlah seorang pendendam yang macam semua orang sangkakan . Aku tidak sekejam itu , aku tidak mampu untuk terus menerus menghukum mereka yang telah menyakiti hati aku . Aku sudah lama memaafkan semua kesalahan mereka yang berjaya mengalirkan air mata dan menyeksa perasaan aku . Sekarang aku cuma mengharapkan mereka sedar dengan apa yang pernah berlaku dalam hidup masing-masing dan dapat belajar dari semua perbuatan masing-masing . Mungkin bagi mereka kat luar tu menganggap aku tak pernah layak untuk berkata-kata sedemikan , tidak mengapa . Ini hanya isi hati aku sahaja . Aku selalu mendoakan kebahagian setiap insan yang wujud dan pernah hadir dalam hidup aku walaupun hanya seketika , mahupun mereka yang tidak pernah ikhlas untuk mermbahagiakan aku dan berkawan dengan aku . Bagi aku , doa itu satu jalan yang boleh membantu semua orang dalam satu masa . 

Kadangkala air mata ini mengalir bila aku melihat mereka dalam kesusahan dan dibelenggu masalah . Aku cuba untuk membantu , tapi siapa aku ? Apa hak aku ? Aku langsung tak layak untuk bantu mereka . Aku tak mampu untuk memberi senyuman tatkala mereka mahukan orang sekeliling perihatin dengan mereka . Melihat , mengharap dan mendoakan sahaja dari jauh . Berkata-kata seorang diri , bersama hati dan perasaan sendiri . Bagaikan hidup seorang diri . Aku mahu meminta maaf pada sahabat yang terlalu marah dengan tindakan aku yang selalu mendoakan dan telah memaafkan mereka , aku perlu memaafkan mereka , itu yang lebih baik dari semua tindakan . Biarkan dia yang pernah meruntuhkan kebahagiaan aku gembira dengan kemaafan aku , dia berhak mendapat kemaafan dari aku . Biarkan dia yang pernah menyakiti diri aku setiap hari bebas dengan segala penyesalan dan perbuatannya pada aku . Aku tahu dia tak pernah bermaksud untuk melakukan semua penyeksaan terhadap aku . Biarkan dia yang telah menjatuhkan aku tahu bahawa aku sudah lama memaafkan perbuatannya yang keji itu . Biarkan dia yang pernah melupakan aku dan percaya pada kata-kata orang lain itu sedar bahawa dia sebenarnya tidak pernah salah kerana meninggalkan aku saat aku terlalu memerlukan dia . Aku bersyukur kerana tanpa bantuan mereka yang kejam itu , aku belajar untuk meneruskan kehidupan . Aku belajar untuk menjadi insan yang kuat dan tabah . Tanpa mereka aku tak mampu untuk bahagia sekarang . 

Biarkanlah yang mendengki itu teruskan mendengki . Biarlah yang membenci itu terus membenci :')

Thursday, May 3, 2012

hanya seketika

Kita bagaikan matahari , kadangkala cerah dan kadangkala gelap kerana ditutupi oleh awan . Matahari akan nampak menyinar dengan kecerahannya dan lebih dihargai sinarannya , tetapi pabila ianya hilang dari pandangan , sekelip mata manusia berubah dan terus melupakan sinarannya . Ia akan muncul pada siang hari dan digantikan dengan bula pada malamnya . Sama juga seperti bulan , ia akan dihargai pabila ia kelihatan cantik dan terus dilupakan jika tiada serinya . Seperti kita sebagai manusia , bahagia itu a\hanya sementara , kita  akan dihargai pabila kita masih lagi menyinar . Kasih sayang kita segalanya untuk dia . Segala pengorbanan dan kasih sayang akan dihargai . Tapi lama kelamaan ianya tidak lagi menjadi penyeri untuk dia kekasih kita . Bulan akan menggantikan tempat matahari , siapa pula gerangan yang akan menggantikan tempat kita dalam hati si dia ?

Walaupun sinaran kita tidak ada lagi yang menghargai , tapi  kita sebagai seorang manusia perlu tersenyum walaupun pipi kita dibasahi dengan air mata yang pada mulanya kita tahan daripada mengalir . Kadangkala kita ingat kita mampu untuk melawan dan menerima takdir dengan keikhlasan . Tapi sebenarnya tidak , kita hanya manusia yang tak mampu untuk melakukan apa-apa . Kita ingat kita kuat untuk menghadapi semua dugaan yang ALLAH berikan , tanpa kita sedar , kita sendiri tidak mampu untuk melakukan apa-apa untuk meyakinkan ALLAH bahawi kita mampu untuk menerima ujian dariNya . Kadangkala juga , kita sendiri ingat kita mampu untuk berkongsi semua masalah kita pada orang lain , tanpa di duga , kita hanya meluahkan air mata dan tak mampu untuk berkata apa-apa .