Tuesday, June 5, 2012

Kesempurnaan

Aku masih lagi sedar siapa aku dalam hati dia . Aku bukanlah seorang insan yang sempurna untuk dia dan aku takkan sempurna selagi dia menganggap aku begitu . Aku takkan merasa penat dengan segala pengorbanan yang pernah aku lakukan selama kami bersama . Mungkin ada hikmah disebalik segala perbuatan kami dan mungkin kami akan dapat ganjaran dengan semua perkara yang berlaku , sama ada baik atau buruk aku hanya perlu berdoa agar hubungan kami berjalan dengan lancar . Aku cuba untuk perbaiki kesilapan yang aku lakukan , aku cuba untuk menyempurnakan diri aku untuk dia dan aku akan lakukan apa sahaja selagi aku mampu .

Berdiam diri mungkin yang terbaik bagi aku . Aku tak mampu untuk berbicara lagi tentang hubungan kami pada dia . Itu akan menimbulkan masalah untuk hubungan kami walaupun ianya tidak salah untuk kami bincangkan , bagi dia ia tetap salah . Aku cuba mengukirkan keindahan dan terangkan cahaya dalam hubungan kami . Tetapi baru aku sedar aku tak mampu , aku perlu biarkan sahaja dia berkawan dengan siapapun yang dia mahukan . Aku perlu biarkan sahaja apa yang dia mahu lakukan dan aku tidak perlu bertanya atau ikut campur dalam segala urusan dia . Biarpun hati ini sakit , aku perlu paksa diri aku untuk berdiam sahaja . Aku perlu menutup mulut dan tersenyum dengan apa sahaj yang dia mahu lakukan , Mungkin betul aku tak patut untuk mengambil tahu tentang kawan-kawannya dan menghalang dengan siapa dia berkawan atau apapun yang dia mahu lakukan . Dia meningkat dewasa dan mampu untuk membezakan yang mana baik dan buruk .

Aku mengharapkan yang dia dapat memahami aku dan menjaga sepenuh hati aku . Aku juga mahukan hubungan kami kekal seperti orang lain . Aku juga mahukan kekasih hati yang pandai mengambil hati dan mengaambil berat tentang penat lelah aku . Terlalu banyak dugaan yang melanda diri aku . Tidak putus-putus ujian yang ALLAH berikan pada aku . Aku bagaikan berputus asa dengan kehidupan aku sendiri . Apa akan jadi esok dan lusa ? Apa lagi yang bakal menimpa diri aku selepas ini ? Apa akan jadi dengan hubungan kami ? Ya ALLAH kau kuatkanlah dan tabahkanlah hati aku untuk menghadapi ujianMu . Kau kekalkanlah hubungan kami sehingga ke akhir hayat kami . Kau jauhkanlah segala gangguan yang boleh meruntuhkan kebahagiaan kami . :')

Sunday, June 3, 2012

masih lagi tersenyum

Mungkin aku masih belum cukup sempurna untuk dia . Sekurang-kurangnya aku dah cuba yang terbaik untuk hubungan kami , Aku redha dengan apa yang akan jadi lepas ni . Ini semua ketentuan ALLAH , dia dah tulis masa depan dan jodoh kita masa kita dilahirkan . Aku akan cuba buangkan sedikit demi sedikit harapan pada dia . Aku akur dengan semua keputusan dia . Aku terima apa saja yang ditentukan oleh ALLAH untuk kami . 
Aku tak menafikan yang aku bahagia sekarang . Ye aku bahagia dengan kehadiran dia yang banyak mengubah cara hidup aku . Dengan kasih sayang dia aku dapat tinggalkan yang mana buruk dan bina kehidupan baru . Aku  banyak belajar erti kesabaran setelah dia muncul dalam hidup aku . Kadang-kadang aku terlena dengan kasih sayang dia sehinggakan aku tak nampak keburukkan dia . Bagi aku , biarlah segalanya indah di mata aku , aku ingin bahagia sepenuhnya berada di samping dia . 

Sejak aku hilang Maira hidup aku makin kucar kacir . Aku dah tak ada tempat untuk mengadu nasib dan dia tak ada untuk memeluk aku ketika aku bersedih . Orang lain takkan dapat dengarkan jiwa aku sedang merintih dan kesedihan . Hanya Maira dapat merasakan kesedihan aku walaupun kadang-kadang aku tak bercerita pada dia , dia pasti sedar yang aku sedang bersedih . Sekarang aku rasakan yang aku terlalu kosong tanpa sahabat yang terlalu perihatin dengan kehidupan aku . Aku masih lagi tak dapat terima kehilangan dia . Maafkkan aku . Kadangkala aku bermohon agar dia datang untuk menjemput aku untuk menemani dia di sana , Biarlah aku diseksa dengan penderitaan di akhirat dan bukan terseksa di dunia . Aku tak mampu untuk berdiri dengan apa yang jadi . Aku masih ingat lagi kata-kata Maira , "harini kau menangis kyran , esok lusa kau bahagia, biar apa yang org lain ckp, senyum dengan sumpahan org lain yang taknak kau bahagia , dorang tak ada hak "