Wednesday, November 11, 2015

Tujuh warna pelangi , tapi tetap kau yang bersinar .
Terang matahari , tetap kau yang bercahaya . Kadangkala terasa dibawa melayang oleh angin , bila celik masih ditempat yang sama . Kadangkala terasa dibelai , bila tersedar , ohh itu cuma mimpi sahaja.

Orang lama melepaskan rindu pada bulan
Kononnya lihat bulan sama-sama .
Ahhhh ! Kau fikir itu kata-kata cinta ?
Itu semua hanya kebabian dunia .

Saturday, March 15, 2014

cinta bukan buta , tapi kita manusia yang buta untuk menilai yang mana kaca dan yang mana satu permata . Cinta juga bukan satu paksaan , tapi kadangkala kita manusia yang selalu memaksa untuk hadirkan rasa cinta , hanya demi menjaga hati dia yang mencintai kita . Mungkin tidak salah bagi kita untuk cuba hadirkan rasa cinta , tapi salah jika dia tidak pernah memahami apa yang kita mahukan dalam cinta . Bukan aku tak pernah cuba untuk timbulkan rasa cinta , bukan aku buta untuk menilai cinta , dan bukan juga aku ini terlalu tuli untuk memilih mana kaca dan permata .Semuanya permata untuk aku , tapi mungkin sebab aku serik dengan kehadiran cinta , sehinggakan aku terlalu lemah untuk mendapatkan segala permata .  Permata mungkin merata , tapi ada juga yang tiruan . Cukup susah untuk mencari permata yang tulin dan cukup payah untuk membezakan yang tiruan dan tulin . Kenal hati budi dan cuba mendekati tu salah satu cara untuk kenal tiruan dan tulin .

Wednesday, February 26, 2014

Apa yang aku buat selama ni mungkin sebab silap aku sendiri . Bukan sebab pengaruh keliling atau parents aku tak ajar . Aku tak pernah salah kan takdiri atau apa . Aku salahkan diri sendiri je . Aku tak pernah dengar nasihat ibu ayah , aku tak pernah dengar nasihat orang lain . Cara aku salah sebenarnya . Jauh sangat sesat . Aku ada dua pilihan dalam hidup . Semua orang ada dua pilihan dalam hidup . Tinggal untuk berfikir dan pilih je . Aku sndiri pilih jalan yang sangat sukar sampai hancurkan diri aku sendiri .Mulanya niat nak mencuba dan kenal dunia , itu je alasan remaja macam kita sekarang ni . Konon nak mencuba , hmmm tak payah dah nak mencuba ke apa . Kalau hati tu tak terbukak nak berubah balik , memang payah nak patah balik pergi pilih jalan mana yang betul . Aku sendiri pon terkial-kial nak cari jalan balik . Nak harapkan orang tolong pun tak boleh jugak . Pokok pangkal hati sendiri . Tengok cermin , pandang diri sendiri , automatik bercakap sorang-sorang "apa bodoh sangat kau ni " , "apa kotor sangat kau ni" , "apesal kau payah sangat nak berubah" . itu je dalam kepala otak . Nak buat benda baik tu fikir dua tiga kali . Pergh kalau benda jahat laju je . Ni diri aku . Nak hina silakan . Tapi macam korang xpenah buat dosa ye tak ? Manusia semua sama je bos , kita tak sempurna pun . Setan pulak kiri kanan menghasut , pastu kau ikot je cakap setan kan . Macam tu gak aku , sebab hati kita ni dah kotor . Sekali buat jahat bos , kau akan ulang balik benda tu . Ini confirm , kerat jari aku kalau aku salah describe manusia ni . Kalau sekali kau masuk club ke apa , lepas tu kau masuk lagi kan ? Pernah terfikir macam aku tak kenapa kita semua macam ni ? Bukan nak kata bangga atau apa pun . Aku tak pernah bangga apa yang aku merasa selama 22 tahun aku hidup ni . Menyesal ada lah dengan perbuatan bodoh aku . Lelaki mana nak perempuan macam ni ? kalau aku berubah jadi baik , orang tetap akan ungkit masa lalu . Haaa yang ni sial namanya. Bukan tak ada orang macam ni . Belambak je . Kau patut sokong kawan2 berubah . Bukan nya bagi kawan2 putus asa . Apa lah biul sangat kan .

Thursday, January 2, 2014

150813

150813 . Aku ingat lagi tarikh ni . Sampai bila pon aku takkan lupa . Silap aku , aku terlalu kejarkan kesempurnaan hidup . Aku kejar benda yang tak mungkin aku dapat dan aku tinggalkan dia . Yes apis , i wrote this for you . Kalini , memangnuntuk kau . To be honest , i miss you and i miss the way you call me si comel every morning . Rindu bila nak dengar kau nyanyi lagu kotak hati bila aku nak tidur , rindu nak gaduh ngan kau dan marah-marah kau . Rindu nak marah kau bila kau drive macam pondan , rindu nak marah kau bile kau cuba nak manja ngan aku . Senang cerita aku rindu semuanya . Aku cuma rindu kau , tu je . Tak ada maksud lain dengan post aku kalini . Maafkan aku , sebab aku tinggalkan kau dan terlalu ego sampai berpuluh kali aku mintak putus ngan kau dulu . Semua sebab aku paksa diri aku , sebab aku memang tak layak untuk orang sebaik kau . Bukan aku niat untuk sakitkan hati kau atau apa pun . Tapi semua tu sebab kebodohan aku sendiri . Aku harap kau faham dengan keputusan aku dulu . Aku mintak kau doakan kebahagiaan aku dan aku buat benda yang sama .

Wednesday, November 27, 2013

aku berdiri kaku ,
memanjakan diri dengan alam ,
aku memandang ke arah lautan ,
cuba untuk kosongkan minda ,
aku terus memandang ke arah lautan ,
sangat tenang jiwa ku .

aku pejamkan mata ku ,
tajamkan telingaku dengan deruman ombak ,
aku kosongkan lagi mindaku ,
tapi kali ni tubuhku kaku ,
tidak mampu lagi bergerak ,
aku terduduk .

sesekali ,
aku kedengaran suara jeritan keriangan ,
aku tersenyum melihat gelagat kanak-kanak ,
aku cuba untuk ketawa sendirian ,
tapi tidak mampu .

aku melayan perasaanku
dengan alunan lagu,
lagu dari deruman ombak ,
angin bersiul siulan di telanga ku ,
seakan berbisik "kau mampu untuk bangun semula"

Monday, October 7, 2013

aku biarkan mataku berbicara dengan tenang

aku biarkan mataku pejam , aku biarkan hatiku tertutup sebentar , aku biarkan otakku berfikir dengan tenang , dan aku terus membiarkan badanku rebah . Airmata mula menitis dan jatuh ke bumi , aku biarkan saja mataku berbicara dengan tenang , sesekali aku terdengar satu jeritan dengan penuh kekesalan . Sabarlah wahai hati , semua yang berlaku dalam hidup ini ada hikmahnya .
Diri ini terus dibelenggu dengan masalah yang tak putus-putus menghantui diri . Satu pergi , dua datang , dua pergi , dan sepuluh datang . Aku biarkan kakiku melangkah , perlahan ia melangkah , sesekali kaki ini mengundur kebelakang . Aku cuba melangkah kehadapan , tapi kaku . Aku kuatkan hati , agar hati ini bisa menghalang otak untuk berfikir kisah silam dan kembali pada kehidupan yang dulu . Ya , itu semua sudah menjadi kenangan . Cuma tunggu untuk dibakar dan jadi abu .



Saturday, September 14, 2013

cinta , kasih dan sayang

Aku selalu mengingatkan diri sendiri supaya tidak berkelakuan buruk terhadap dia . Aku gagal ! Gagal membahagiakan dia walau sesaat pun , aku masih tidak mampu . Sikap ego dan keras kepala makin menjadi-jadi . Kadangkala merasa menyesal dalam diri . Aku mungkin tidak layak untuk insan seperti dia yang baik budi bicaranya dan sopan bila bertutur kata . Sedangkan aku? Tak ada beza dengan syaitan yang bertopengkan manusian. Ya , sekali lagi aku menghina diri aku sendiri . Kalaulah aku mampu mengubah semuanya dengan sekelip mata , kalaulah aku mampu menjadi seperti mana yang dia mahukan, dan kalaulah aku boleh menjaga hatinya dengan sempurna , mesti semua nintakkan pernah terjadi .

Aku selalu saja bertutur dan berkata-kata mengikut perasaan dan tidak pernah memikirkan kelukaan dihatinya . Terasa hina dan tidak layak untuk dia . Tidak mampu lagi untuk aku mengalirkan air mata kerana kesalahan sendiri . Tidak mampu lagi aku meratap kecewa kerana kebodohan aku sendiri . Rasa ingin menjerit , biar semua dengar , biar semua orang tahu yang aku ni bodoh dan tidak pandai menjaga hati orang lain . Tapi aku tak mampu , jeritan itu hanya didalam hati . Aku mampu untuk merasa menyesal sahaja . Tapi kekesalan itu tidak pernah aku mengambil peduli , setiap hari aku mengulangi perkara yang sama . Maafkan aku wahai hati , aku tidak pernah menjaga kamu sebagai cinta . Maafkan aku wahai cinta , aku tidak pernah kasihi terhadap kamu . Maafkan aku wahai kasih , aku tidak pernah menjaga kamu dengan penuh rasa sayang .


Wednesday, August 28, 2013

untuk kamu

Kau menyinari hidupku ,
bagaikan matahari menerangi siangku
bulan menyuluh cahaya malamku , 
tidak pernah hidup dalam kegelapan .

Kau berikan aku senyuman ,
kau selalu memberikan kebahagiaan , 
kau buatku lupa ,
lupa akan dunia lain.

Aku hangat di dalam dakapan , 
terasa lega dengan belaian ,
kadangkala aku terdengar kau ungkapkan cinta ,
dan kau selalu menjanjikan kebahgiaan . 

Wednesday, July 3, 2013

sejenak

Assalamualaikum , 

Petang yang mendung dan hari semakin gelap . Matahari kian hilang dan kelihatan cahaya bulan sikit demi sedikit . Aku ingin mengambil masa sebentar sahaja sementara menunggu azan maghrib berkumandang . Aku berfikir sejenak tentang masa hadapan . Aku termenung seketika dan mula memikirkan sesuatu . Fikiran semakin buntu bila fikirkan apa yang akan terjadi pada diri aku . Ingin sekali aku majukan diri aku , ingin sekali aku memberi kejayaan pada diri aku dan aku teringin juga ingin membanggakan diri aku sendiri . Tapi apa yang perlu aku banggakan dengan kehidupan yang macam ni . Apa yang aku perlu banggakan dengan kehidupan yang tiada pekerjaan tetap , apa yang aku perlu banggakan dengan diri aku sendiri ? Bekerja sahaja tidak pernah tetap , bila ada masalah , cepat sangat aku jatuh dan biarkan orang lain ketawa . 
Aku cuba berfikir lagi , mungkin ada benda lain yang aku mampu buat dan orang lain tak boleh memandang rendah pada minat aku . Perlu ke kamu semua memtertawakan keinginan diri aku ? Tidak perlu rasanya . Aku takkan berdiam diri dan aku takkan biarkan orang lain pijak kepala aku . 

Saturday, June 29, 2013

masih bertatih

Hidup ni ibarat roda . Kita di atas bumi yang sedang berbutar . Sekiranya kita selalu berada di atas , ingatlah bahawa satu hari nanti kita akan jatuh juga . Jangan takbur dan sombong atas kebahagiaan yang diperoleh sekarang ni . Aku berkata-kata bukanlah untuk mendoakan kejatuhan sesama manusia , tapi beringatlah wahai manusia , kita hidup ni hanya sementara . Kalau kita terlalu angkuh dengan kemenanga di dunia macam mana pula diakhirat nanti . iya , memang benar kata kamu , aku ni tidaklah selayak kamu semua untuk berkata-kata dalam soal dosa dan pahala . Aku ni tidaklah sesempurna kamu untuk berkata-kata soal akhirat , tapi aku sebagai seorang manusia layak mengingatkan orang yang angkuh seperti kamu .
Aku masih lagi bertatih untuk belajar berjalan . Aku masih lagi mengeja untuk mahir membaca agar bicara aku sempurna . Mungkin aku lemah dan kelihatan tidak mampu untuk menghadapi ujian dariNya dan mungkin aku kelihatan kekok untuk pulihkan segala kecacatan dalam diri , tetapi semua ni bukanlah penghalang untuk aku bangun dan berdiri semula tanpa CINTA , KASIH dan SAYANG dari seorang lelaki. 
Aku tidak akan biarkan batu-batu menghalang laluanku , dan aku tidak akan biarkan api cuba membakar kelilingku . 

Sekali lagi aku mengalah untuk kebahagiaan orang lain . Aku mendiamkan diri bukan bermakna aku mengalah dengan kehidupan aku , tetapi aku hormat pada kaum yang digelar PEREMPUAN . Ya benar , semua orang inginkan impiannya tercapai , semua orang inginkan kebahagiaan dunia dan akhirat . Disebabkan aku inginkan kebahagiaan di akhirat , aku mula melangkah ke dunia baru dan berikan saja kemenangan untuk dia . Tidak pernah tersimpan dendam atau merasa marah dalam hati ini , malah aku mendoakan agar mereka berdua bahagia . Alhamdulillah mereka bahagia sekarang . Aku tidak pernah menganggu hubungan siapa-siapa pun . Kalau si dia tidak mengungkapkan kata-kata manis dan cinta mungkin aku tidak akan memberi sepenuh hati aku pada dia . Kalau si dia jujur dan ikhlas pada kekasihnya , mungkin saja dia tidak akan berlaku curang . Semuanya terletak pada diri sendiri . Tidak ada pihak yang benar dan salah . Kita manusia , bukan hak aku untuk menghukum si dia . Biarlah ALLAH yang memberi pengajaran pada dirinya kerana menjatuhkan air mata seorang perempuan . 

Subhanallah , makin hari makin ramai pula kaum adam yang tidak pernah sedar atas kesilapannya . Semakin hari semakin ramai kaum hawa yang cuba untuk bangun semula lepas dipermainkan oleh kaum adam . Peringatan untuk kaum hawa juga , jangan sesekali kita membalas dendam dan melukakan orang yang menyayangi kita , ALLAH itu wujud , nampak apa yang kita lakukan . Sia-sia sahaja kemenangan dan kebahagiaan yang kita peroleh nanti , semuanya akan ditarik balik . insha Allah .