Wednesday, March 7, 2012

langkah yang dia ambil

Dia yang pilih perempuan tu , dia yang nak perempuan tu , dia yang sayang perempuan tu , dan kalau dia 
merana aku peduli apa kan . Selama ni ada dia tak fikir pun apa yang akan jadi kat aku , dia tak pernah fikir pun aku berubah sebab apa , dia tak pernah fikir pun macam mana aku sayang dia , dan dia tak pernah fikir pun reaksi aku macam mana bila tengok dia dengan perempuan lain . urgh shit ! what the fuck is going on now ? Im trying to forget him but its too hard for me .Tapi aku tau aku akan sakitkan hato orang lain kalau aku terus ingatkan dia , aku akan kecewakan hati seseorang kalau aku terus sebut nama dia . Tapi aku harap sangat dia faham apa yang aku lalui sekarang . Dengan cara ni lah aku nak buang semua benda yang aku ingat kat mamat  tu . Bukan bermakna aku masih sayangkan dia , tapi aku masih tak boleh lupakan dia . 

Sekarang mungkin dia bahagia ,

Kesakitan luaran ada pengubatnya . Tapi dalaman , sukar untuk kita cari siapa yang sudi dan ikhlas menjadi pengubat . Aku yakin yang shin shan aku mampu untuk jaga aku , sayang aku dan bahagiakan aku . Apa maksud sekarang mungkin dia bahagia ? Aku tak boleh tahu samada dia bahagian dengan pilihan dia atau pun tak . That's why aku letak 'mungkin' dalam ayat tu . Apa yang aku nampak sekarang dia tengah beduka . Bukan aku nak masuk campur atau apa , aku just nak cakap kat sini ALLAH itu ada untuk membantu umat dia . Ada ustaz tu cakap , tak kira kita jahat macam mana , Allah tetap akan bantu kita . Sama macam post aku yang lepas , bumi ni bulat je . Kita akan lalui benda yang sama . Dia akan rasa macam mana aku rasa , dia akan terluka macam mana aku teluka . Hati dia tetap akan berdarah sebagaimana hati aku . Itu pilihan dia . itu yang dia nakkan selama ni . Aku tak menyesal kenal dia . Tapi aku kecewa dengan sikap dia . Pengorbanan aku selama ni sia-sia je . Apa yang aku buat untuk dia hancur macam tu je . Sedangkan semua tu permintaan dia . Semua tu yang dia nak . 


senyuman , keceriaan dan melodi boleh disatukan

Semuanya ketentuan dari Allah . Baik atau buruk , aku perlu terima . Walaupun dalam keadaan terpaksa dan bukannya dengan kerelaan . Menyalahkan dan dipersalahkan ? Untuk apa aku nak salahkan orang lain ? Dan untuk apa aku nak meyalahkan diri sendiri ? Semua dah tertulis oleh-Nya . Menyesal ? Mungkin ada penyesalan dalam diri aku ni . Semuanya dah terjadi . 

Penyesalan dalam diri . . .

Nak menangis pun tak guna dah sekarang ni . Semuanya dah jadi kan . Aku sorang juga yang tanggung dan hadapi semuanya . Susah senang dulu pun , dia tak ambil tahu . Yang dia tahu enjoy with his own life , make his own life like fucking owesome konon . Sedangkan aku cuba ukirkan senyuman , lukiskan keceriaan dan bunyikan melodi yang indah dalam kehidupan aku . ouhh shit ! my life like a bitch bila tahu semua perangai buruk dia . Bagaikan hujan yang sedang membasahi bumi ketika ini , tidak jauh bezanya dengan air mata yang tidak pernah berhenti mengalir membasahi pipi . Aku masih lagi cuba untuk mengukir senyuman untuk menutupi kesedihan dan melukiskan keceriaan . Hidup ini umpana kertas putih yang kosong , tanpa akal fikiran dan idea yang keluar , kertas itu akan tetap kosong . Dengan liku-liku kehidupan , kenangan manis dan pahit lah cara untuk kita lukiskan dalam kehidupan kita . Ada lukisan yang tidak mungkin kita padamkan untuk dijadikan kenangan , sama juga seperti kehidupan . Ada kisah yang sukar untuk kita lupakan kerana luka yang tak boleh diubati . Irama akan selalu menemani dan akan membunyikan melodi yang ada dalam kehidupan . Melodi yang wujud dan selalu didengari akan selalu mengukirkan apa saja reaksi dalam diri . 
Jika diberi peluang . Aku nak perbetulkan balik apa yang salah . Aku nak padam balik apa yang aku lupa buang . Aku rasa nak elakkan diri aku dari orang yang aku kenal dulu . haaaa . Tapi apakan daya , tak mungkin peluang tu akan wujud . Aku dah pun salah langkah , aku dah pun kekalkan apa yang aku patut padamkan , dan aku dah pun mengenali dia . 

Sekarang ni dah tiba masa untuk aku lupakan semua yang mendatangkan kesedihan buat aku . Aku takkan sia-siakan dengan peluang yang ada sekarang ni . Aku dah janji , nak happykan diri aku . Aku kene elakkan dari ingat dia . Untuk appa aku murungkan diri just sebab teringat kat dia , sedangkan dia langsung tak ingat kat aku kan ? Untuk apa aku mengalirkan air mata hanya sebab aku melihat dia bahagia dengan orang lain . Yes , sekarang baru aku sedar , dia tak ada pape makna untuk aku dah . Kalau dulu "i'll cry if i saw you cry " , "i'll kill myself if you're die" , "you mean everything for me" , "i'll be your pillow on our bed" sekarang sudah tukarlah "i'll laugh when i saw you're crying" , "i'll not killing myself just because of you" , "bro! you're such a good romeo" , "i wont be your pillow on your bed!"