Aku masih lagi bertatih untuk belajar berjalan . Aku masih lagi mengeja untuk mahir membaca agar bicara aku sempurna . Mungkin aku lemah dan kelihatan tidak mampu untuk menghadapi ujian dariNya dan mungkin aku kelihatan kekok untuk pulihkan segala kecacatan dalam diri , tetapi semua ni bukanlah penghalang untuk aku bangun dan berdiri semula tanpa CINTA , KASIH dan SAYANG dari seorang lelaki.
Aku tidak akan biarkan batu-batu menghalang laluanku , dan aku tidak akan biarkan api cuba membakar kelilingku .
Sekali lagi aku mengalah untuk kebahagiaan orang lain . Aku mendiamkan diri bukan bermakna aku mengalah dengan kehidupan aku , tetapi aku hormat pada kaum yang digelar PEREMPUAN . Ya benar , semua orang inginkan impiannya tercapai , semua orang inginkan kebahagiaan dunia dan akhirat . Disebabkan aku inginkan kebahagiaan di akhirat , aku mula melangkah ke dunia baru dan berikan saja kemenangan untuk dia . Tidak pernah tersimpan dendam atau merasa marah dalam hati ini , malah aku mendoakan agar mereka berdua bahagia . Alhamdulillah mereka bahagia sekarang . Aku tidak pernah menganggu hubungan siapa-siapa pun . Kalau si dia tidak mengungkapkan kata-kata manis dan cinta mungkin aku tidak akan memberi sepenuh hati aku pada dia . Kalau si dia jujur dan ikhlas pada kekasihnya , mungkin saja dia tidak akan berlaku curang . Semuanya terletak pada diri sendiri . Tidak ada pihak yang benar dan salah . Kita manusia , bukan hak aku untuk menghukum si dia . Biarlah ALLAH yang memberi pengajaran pada dirinya kerana menjatuhkan air mata seorang perempuan .
Subhanallah , makin hari makin ramai pula kaum adam yang tidak pernah sedar atas kesilapannya . Semakin hari semakin ramai kaum hawa yang cuba untuk bangun semula lepas dipermainkan oleh kaum adam . Peringatan untuk kaum hawa juga , jangan sesekali kita membalas dendam dan melukakan orang yang menyayangi kita , ALLAH itu wujud , nampak apa yang kita lakukan . Sia-sia sahaja kemenangan dan kebahagiaan yang kita peroleh nanti , semuanya akan ditarik balik . insha Allah .