Monday, April 30, 2012

happy birthday sayang ! :D

Sukar untuk aku percaya masalah kali ini sukar untuk kami selesaikan . Aku buntu , tak mampu nak kata apa-apa . Aku janji pada diri aku dan dia , aku akan buat dia selalu tersenyum dengan kehidupan kami walaupun pelbagai dugaan yang datang . Terima dengan penuh keikhlasan dengan apa yang menmpa kami berdua . Syukur dia tak pernah tinggalkan aku walaupun dalam kesusahan . Dia selalu memberi aku semangat untuk kami sama-sama harungi liku-liku hidup . Dia janji yang dia tak akan tinggalkan aku . Walau apapun yang akan terjadi lepas ni kami tetap bersama . Itu janji kami berdua .

Waktu bersama :))

Masalah-masalah juga tapi kami tetap happy macam orang lain . Alhamdulillah , kehidupan kami masih lagi dihiasi dengan senyuman dan gelak ketawa . Kami habiskan masa bersama di kampung aku . Family pun okay dengan dia , ibu pun tak bantah apa-apa . Aku tahu apa pun keputusan aku ibu akan setuju dan support aku dari belakang , Ibu akan happy kalau anak-anak dia happy . Aku takkan kongsikan masalah yang baru wujud dalam hidup aku ni dengan ibu . Sebab aaku akan mengaibkan orang lain dan aku taknak ibu salahkan Hafizi sahaja . Aku gak taknak ibu hilang kepercayaan kat Hafizi . Kami akan setelkan masalah ni . Sepanjang kitorang bersama , tak pernah dia lupa untuk bagi aku tersenyum dan ketawa .


Birthday boy :))

Harini harijadi dia tapi tak dapat sambut sama-sama
sebab aku kene balik awal . Sepatutnya selasa baru aku balik , tapi sebab ayah ada meeting itulah inilah , so kene balik awal . Tapi tak pe , aku tetap ada
dengan dia juga . Dia mengadu kat aku yang dia kene baling tepung , semua angkara kawan-kawan dia yang gila tuh . err  macam mana aku kenal kawan-kawan dia yang kata Muar tu ? Mulanya dari facebook je , Sabtu malam , aku teman dia pergi main futsal , aku sebagai seorang perempuan yang suka aktiviti macam tu , aku teman lah dia . Sayang kan :)) Suka aaku tengok gelagat dia kawan-kawan dia , macam-macam kerenah dorang .


okay back to the main topic . memandangkan harini birthday dia dan aku tak dapat sambut dengan dia aku post satu gambar kat facebook dan ada description untuk dia . Aku akan mementingkan kebahagiaan untuk dia dan untuk aku sendiri . Semoga di dalam umurnya yang semakin meningkat ni hidup dia akan lebih menyinar dengan kehadiran aku di sisi dia . Semoga ALLAH memberkati hubungan kami dan mengekalkan jodoh kami .

to my sayang . Happy birthday again hubby ! Iloveyousomuch . Tak ada siapa boleh gantikan tempat awak kat dalam hati saya sayang . Thank you for being here with me. Saya akan selalu hargai awak dan kasih sayang awak kat saya .:))

Thursday, April 26, 2012

make it perfect

Lagu berkumandang dan diiringi tangisan . Sudah menjadi lumrah kita sebagai seorang manusia . Setiap kali kedukaan melanda diri , kita akan mendendangkan lagu yang sama iramanya dengan tangisan kita . Semakin kuat lagu berkumandang semakin kuat tangisan kita . Air mata takkan berhenti dari mengalir selagi dendangan lagu itu menyentuh perasaan kita . 
Seperti juga aku . Ia sudah menjadi rutin harian untuk aku . Aku selalu mendendangkan lagu mengikut mood aku . Tetapi kadangkala aku cuba melawannya , jika air mata mengalir , aku akan mendendangkan lagu yang sedekit rancak . Aku tidak mahu memanjakan hati dengan perasaan sendiri . Perasaan sedih akan menguasai diri kita jika kita turutkan kesedihan di hati . Aku akan selalu tersenyum walaupun air mata masih mengalir . 

Aku sedar , dalam dunia ini tiada yang sempurna dan takkan sempurna . Yang membezakan sempurna dengan tidak adalah perasaan aku taupun perasaan dia . Jika sempurna katanya , sempurnalah aku pada mata dia . Jika tidak sempurna katanya , aku redha dan terus mencuba untuk membahagiakan dia dengan kesempurnaan aku . Tidak salah kan untuk aku mencuba . 

Ada yang bertanya , "Kyran , how you learn forget something that you cant ?" 
Make our problems be our good friends , slowly we can fix it . Betul , tak ada benda dalam dunia ni mudah . But , we can make it to be easy . Banyak benda yang aku lalui dalam dunia ni . Walaupun aku masih lagi muda , tapi besar kemungkinan aku dah matang untuk hadapi semua dugaan dengan tenang , buktinya sekarang aku tetap tersenyum . Ada juga yang membenci aku dan ada yang cuba untuk menjatuhkan aku , aku cuba perlu persabar dan redha dengan semua benda yang jadi . Semua benda akan nampak mudah kalau kita hadapi dengan tenang . Bukannya tak boleh menangis atau apa , cuma kita kene jauhkan semua itu . Air mata akan menunjukkan kita sebagai seorang perempuan ni sangat lemah . Mereka yang bermusuh dengan kita , akan ketawa riang dengan tangisan kita :))

Wednesday, April 25, 2012

Hidup bagaikan lagu

Seperti lagu , liriknya selalu indah dan setiap insan yang mendengar pasti akan menghargai setiap iramanya . Seperti hidup juga , semua manusia akan menghargai satu sama lain tapi bukan aku . Adakah aku dihargai ? Timbul lagi satu persoalan dalam hidup aku harini .

Dimanakah dia ?

Aku tak pernah bosan untuk menantikan detik indah dalam hidup aku . Aku takkan berputus asa untuk memberi kebahagiaan untuk diri aku dan juga orang lain . Biarlah aku disakiti dahulu asalkan kemudian hari aku bahagia . Tapi , kadangkala aku terfikir bila aku akan bahagia dan tiada orang yang menyakitik hati aku . Bila semua masalah akan berakhir ? Bila hidup kita akan dihiasi dengan nada yang indah ? Harini semuanya menjadi rumit kembali . Aku ingin berkongsi segala suka dan duka aku bersama dia , tapi tak semudah yang disangkakan . Aku tak mampu untuk berkongsi cerita dengan dia , walaupun satu . Aku cuba menghubungi dia harini , tapi tak dapat . Apa yang jadi sebenarnya ? Mana dia ? dengan siapa ? uhh sometimes i fell like nobody's here with me . Ada boyfriend macam tak ada . Aku tak penting ke ? Apa yang tak cukup kat aku ? 
Apa yang kurang ? Cacat ke aku ni ? tak layak ke untuk disayangi ? Uhh fuck ! liffe like a bitch . 

Hidup bagaikan lagu . 

Kadangkala iramanya rancak , kadangkala iramanya bertukar perlahan . Pelbagai genre yang ada , yang senang kita faham dan sukar kita faham . Biasanya lagu selalu diakhiri dengan perkara yang indah walaupun dalam kesedihan . Ada juga yang diakhiri dengan perpisahan tetapi tetap ada nada kegembiraan . Macam tulah kehidupan , apa yang kita tulis dalam lirik tersebut , ia selalu dikaitkan dari kehidupan kita sendiri . Kita cuba memahami lirik yang sukar kita fahami , kita cuba tafsirkan lirik yang kita dengarkan , dan kita cuba menyanyikan semula lagu tersebut . Tanpa kita sedari kita berjaya memahami setiap baris ayat dalam lirik itu , diluar jangkaan , kita dah pun mentafsirkan maksud lirik tersebut dan tanpa orang lain dengar kita sudahpun mendendangkan lagu itu sesuai dengan iramanya . 

Hargai pengorbanan saya 

Diri ini tak pernah minta intan atau permata , tidak mahukan kemawahan atau sebaliknya . Diri ini hanya memerlukan kasih sayang , cinta dan selalu dihargai . Diri ini juga tak mahu orang lain sia-siakan kasih sayang dan pengorbanan jiwa yang pernah ditangisi . Aku hanya mahukan kau hargai setiap air mata yang pernah aku mengalirkan untuk kau . Aku hanya mahukan kau sedar dan faham apa maksud setiap air mata yang aku mengalirkan untuk mempertahankan hubungan kita . Aku mahukan kau hargai air mata yang pernah aku mengalirkan semata-mata untuk meninggikan balik maruah aku sebagai seorang perempuan dan sebagai insan yang sangat membutuhkan kasih sayang dari insan yang digelarkan kekasih . Hati ini cuma mahukan kau untuk menyayangi aku dengan ikhlas dan bukan paksaan . Hati ini cuma mahukan kkau sebagai seorang kekasih jujur dengan setiap perbuatan dan kata-kata . Hati ini tidak mahukan kebencian . Tidakkah kau dengar tangisan dari air mata aku yang tidak sanggup lagi mengalir kerana penyeksaan ? Tidakkah kau dengar jeritan hati kerana tidak sanggup untuk menahan kesakitan dari luka yang telah kau goreskan ? 

Irama tidak akan berhenti jika lagu masih berkumandang . :')


Monday, April 23, 2012

dalam satu masa

Ini merupakan satu-satu sahaja cara untuk aku lepas dan luahkan apa yang aku rasa . Aku tak mampu untuk bercerita pada ibu atau ayah aku , mahupun rakan karib aku sendiri . Aku tahu mereka terlalu perihatin dengan aku , terutamanya ibubapa aku . Aku betul-betul tak mampu untuk bercerita dengan mengeluarkan suara . Dengan menulis aku lebih lega dan tenang . Biarlah ada atau tiada orang yang sudi membaca . Janji aku puas , puas untuk keluarkan apa sahaja yang lama aku simpan . betul cakap orang , kadang-kadang sumpahan itu menjadi , tinggal lagi kita tak tahu bila semua tu akan berlaku . Macam short post aku yang lepas , aku bahagia . Yes, world im happy . Dia selalu buat aku ketawa dan tersenyum walaupun air mata sedang mengalir .

aku juga seperti kamu ..
Biarpun apa yang jadi antara kami , aku selalu berdoa dan redha dengan kesemua kehendak takdir . Mungkin luaran aku kuat , tetapi di dalam hati hanya aku dan ALLAH sahaja yang tahu . Terlalu banyak dugaan yang terjadi . Aku belum cukup kuat untuk hadapi semuanya dalam satu masa . Semakin hari , semakin banyak hati yang membenci diri aku . Semakin hari , semakin ramai yang ingin aku hidup dalam penderitaan dan semakin hari , aku semakin tak berdaya untuk meyakinkan betapa aku terlalu menyayangi dan mencintai Hafizi sepenuh hati . Tetapi kasih sayang aku masih belum melebihi kasih sayang aku terhadap ibu ayah,keluarga dan Dia yang mencipta kita . Aku tetap kuatkan semangat dan cekalkan hati agar dia yanng dicintai percaya dengan kasih sayang yang dah tercipta untuk dia . Benar dia bukan yang pertama , tapi aku mohon agar dia adalah yang terakhir untuk aku . Sesungguhnya aku tak mampu untuk kehilangan dia . Aku tahu , keputusan yang aku lakukan ni adalah kesilapan besar pada mata seseorang kat luar tu . Mungkin di mata dia yang diluar tu aku sangat berdosa . Mungkin jugak aku di anggap hina di mata dia . Subhanallah , aku mohon agar engkau ampunkan segala dosa hamba-Mu yang tak berdaya . Sesungguhnya aku tidak ada niat langsung untuk manyakiti hati sesiapa . Aku hanya insan yang selalu memerlukan kebahagiaan dan kasih sayang dari manusia yang amat aku sayangi . 


Sejak akhir-akhir ni aku terlalu ikutkan perasaan. Aku tak patut dengar kata-kata yang dihasut syaitan . Akhir-akhir ini jugak aku merasakan ada satu tekanan yang muncul dalam jiwa . Pelbagai perkara bermain dalam fikiran ni . Boleh buat aku jadi gila . Syukur keimanan masih mengusai diri . Aku cuba tenangkan hati dan teruskan kehidupan demi kebahagiaan aku , dia dan keluarga aku . Tetapi , kadangkala aku masih lagi berfikir aku tak mampu untuk meneruskan semuanya . Aku tak mampu untuk membahagiakan diri aku dan aku tak mampu untuk membahagiakan semua orang dalam satu masa . Tanpa aku sedar , aku dah pun sakitkan hati dia . Aku dah pun menyakiti hati ibu ayah . Ya , ALLAH aku mohon engkau mengampuni dosa dan perbuatan ku . Aku tersalah langkah , aku fikir dengan cara keluar dan bersama kawan lebih tenangkan hati aku . Benar mereka bagi aku kebahagiaan , tetapi kebahagiaan yang berbeza dan hanya sementara . Aku silap , bila aku bersama kawan aku telah menyakitkan hati dia . Aku tak ada niat untuk menyakiti hati dia . Kepercayaan yang dia bagi kat aku makin hilang . Aku takut jika dia terus berlalu dan meninggalkan aku . 
Ibu semakin sedar dengan perubahan aku . Aku tak bermaksud untuk berubah atau apa pun . Semua benda ni terlalu menyeksa diri aku . Aku tak berniat untuk berubah , ye dulu aku tak macam ni, tapi sejak semua ni jadi ,aku habiskan masa dengan duduk dalam bilik dan jarang keluar dengan ibu ayah .

semakin buntu..
Bila habiskan masa dirumah , perasaan aku bertukar . Aku semakin kusut dan serabut dengan kehadiran orang lain dalam hubungan kami . Tapi aku sedar semua kesalahan aku , aku yang kacau hidup orang lain . Tapi percayalah aku tak pernah tahu kewujudan dia yang diluar tu . Hampir dua minggu aku dibelenggu dengan penuh rasa bersalah dan sehingga sekarang aku masih rasa aku adalah manusia yang tak berguna . Aku tak mampu untuk meninggalkan dia semata-mata untuk mereka bahagia . Macam mana dengan hati dan perasaan aku ? Sampai bila aku nak terus mengalah untuk kebahagiaan orang lain ? Maafkan aku sebab terlalu ikutkan hati dan pentingkan diri sendiri . Aku terpaksa mementingkan diri dan kebahagiaan aku sendiri sebab aku taknak kehilangan dia .

sayang , 
saya nak awak tahu yang saya terlalu sayangkan awak . Saya tak sanggup kehilangan awak . Maafkan saya sebab saya sia-siakan kepercayaan yang awak bagi kat saya . Maafkan saya sebab saya mengabaikan awak kebelakangan ni . Maafkan saya sebab saya terlalu ikutkan perasaan . Saya nak awak tahu yang saya tak sanggup hidup macam ni , saya nak awak tahu hati saya semakin sakit bila dia kerap ganggu saya . Saya terlalu stress sayang dengan semua ni . Sebab tu saya ambil langkah untuk keluar dengan kawan , saya nak lupakan apa yang jadi , sekejap pun jadilah . Saya tak sanggup nak simpan benda ni lama-lama . Dia bebanan buat saya . Saya tahu saya buat kesilapan besar harini . Tapi percayalah , saya tak ada niat apa-apa . Saya tak tipu awak , saya tahu awak takkan pernah setuju dengan keputusan saya . Awak , saya nak awak sedar dengan kesabaran saya selama ni . Banyak benda saya alami , awak pun tahu kan . Saya nak awak sayang saya dan jujur ngan saya . Saya tak minta harta benda atau wang ringgit sayang , saya cuma nak awak beri kasih sayang awak . tak susah kan . Hargailah pengorbanan saya dan ketabahan saya selama ni sayang .

Saya bahagia dengan awak . Saya cukup bahagia . Saya tak pernah menyesal kenal awak dan sayang awak . Sampai bila-bila saya takkan rasa macam apa yang awak pernah katakan . Sayang , percayalah kasih sayang saya untuk awak dan bukan lelaki lain .

Thursday, April 19, 2012

saya bahagia :')

Its already 4.31a.m . Dan sekarang aku masih belum melelapkan mata . Terlalu banyak benda yang bermain difikiran sehinggakan masa tidur dan makan tak menentu . Alhamdulillah hubungan kami masih lagi bertahan . Walaupun terlalu banyak dugaan dan ujian yang ALLAH berikan untuk kami tempuhi bersama .

Aku bukanlah seorang pendendam sebagaimanna korang taksirkan . Aku cuma ingin melihat orang lain merasa penderitaan seperti yang aku rasakan . Aku takkan kalah untuk mendapatkan hak sebagai seorang kekasih . Aku berhak mendapatkan kebahagiaan . Mungkin perbuatan aku salah pada mata kamu semua , tapi tidak pernah salah pada mata kami berdua . Kami cuba lakukan yang terbaik untuk kebahagiaan kami bersama . Berusaha untuk membahagiakan hati masing-masing , dan kekalkan cinta yang benar-benar tulus dari hati kami. Aku cuba buang perasaan iri hati atau cemburu pada hubungan dia dan kawan-kawannya , alhamdulillah aku berjaya memikirkan semua perkara sebelum bertindak . Bohonglah kalau tiada sifat cemburu dalam diri . Aku cuba kuatkan semangat , hanya air mata selalu menjadi peneman hati yang selalu sahaja terluka .

Monday, April 16, 2012

after 2 years :)

Terasa terlalu lama aku tidak menghabiskan masa kat blog tersayang aku ni . Aku bukanlah blogger seperti mereka yang diluar sana . Lebih baik menulis tentang diri sendiri dan bukan menulis pasal artis ataupun ahli politik yang ada . Risiko sangat tinggi , bila-bila masa akan di saman kalau salah tulis tanpa usul periksa .
Bukan ini yang nak dijadikan topik sebenarnya . Benda ni hanyalah sebagai pembuka bicara sahaja .

Seperti kehidupan orang lain , aku kini bergelar kekasih orang . Alhamdulillah setakat ini kami bahagia walaupun pelbagai masalah yang timbul . Aku terus tabahkan hati masing-masing untuk tempuh semua dugaan ni dengan tenang , walaupun masih ada air mata yang membesahi pipi . Semua manusia diberi ujian . Kalau ada yang perasan aku pernah cakap pasal redha dan pasrah . Pernah aku rasa berputus asa untuk teruskan kehidupan , alhamdulillah masih ada keredhaan ALLAH dan ada sahabat yang sedia menemani dan menasihati . Ada juga yang berniat jahat dan suka mendengki . Aku hanya perlu bersihkan otak dari memikirkan perkara yang negatif .

Dalam selama aku senyap dari blog tersayang ni . Aku ada menghabiskan harian aku dengan kawan-kawan . Masih tidak percaya akan hubungan kami . Selepas dua tahun , kami masih lagi berkumpul dan ketawa bersama . Ada juga yang sanggup menangis kerana kesedihan aku . Thanks korang sebab masih sudi terima aku sebagai sahabat . Okay ! back to the story . Aku menghadirkan diri di satu event yang di anjurkan oleh Kolej UNITI untuk pelajar sem 4 . Kalau aku masih belajar di kolej tu , aku akan berada ni sem 4. Tapi sayang , rezeki bukan dengan aku . Aku tetap gembira dengan kejayaan kawan-kawan aku . Mereka lalui banyak dugaan to make everyone proud .

Ini gambar aku bersama sahabat karib suka dan duka Siti nur Salme (babath) dan Nulynda (bubu). Susah senang aku selalu ngan dua orang budak busuk ni . They always make me smile and make me laugh . Kalau menangis terus kering air mata ni . Selama perkenalan kitorang , pernah jugak ada selisih faham akibat syaitan2 yang ada . Tapi kami tetap okay . Bila jumpa dan berkumpul , semua perkara yang lepas akan jadi bahan ketawa kami :))


Inilah kami . Classmate aku dulu . Yang kecik moleh semua dah tembam. Yang tembang bertambah sihat . Mereka senang hati . Bukan macam saya , Tak membesar langsung . Kurang kasih sayang . haha . Dalam tak sedar , dah dua tahun kami kenal . Teringat masa mula-mula masuk Kolej UNITI , best sangat , sebab semua budak happening . Budak-budak rumah aku pula semua macam orang gila , kesian kat orang HEP kene buli dan di ejek , Kami banyak menyusahkan mereka . Aku masuk kolej ni masa tu tahun 2010 , dan sekarang dah 2012 . Terasa perbezaan tahun . Ada yang tak ada dalam gambar ni dan masa harini . Wawa , ain , lu'lu dengan adik . Kitorang langsung tak jumpa . hubungan makin renggang masa aku nak berhenti dari kolej ni . Semua gara-gara seekor rusa yang masuk bandar . Maklumlah orang baru nak pandai enjoy . haha .

Rasa panjang sangat cerita aku pasal dorang ni . Cukup lah ye . Aku nak cakap gak yang aku sayang dorang sangat-sangat , ketat-ketat dan erat-erat . I LOVE YOU guys fucking much . :*

Friday, April 6, 2012

saya tak sekuat kamu

Perlukah aku mengalirkan air mata lagi ? Sanggupkah kamu semua melihat aku berduka lagi ? Sebagai seorang manusia, tegakah kamu terus menyakiti hati aku ? Sesungguhnya hanya ALLAH sahaja yang tahu dan mengerti apa yang dialami oleh aku sekarang .

Aku keliru dengan hubungan mereka . Pelbagai benda yang aku temukan sebentar tadi . Aku cuba bertanya pada empunya hati , apakakh yang sedang berlaku antara dia dan kekasih hati aku . Apakah mereka sedang hangat bercinta ? Dan aku hanya lalang disebalik kebahagiaan mereka . Subhanallah , aku tidak bermaksud untuk menggangu hubungan orang lain . Dengan nama ALLAH aku bersumpah , aku tidak tahu apa-apa . Ya, ALLAH . Izinkan hamba-Mu yang lemah ini mencari jawapan dan kebenarannya . Aku tahu , sesungguhnya aku tidak layak untuk mendapatkan kebahagiaan ya ALLAH . Dengan namaMu aku bersumpah bahawa dia yang teramat aku cintai selepas mu dan nabi Muhammad serta keluargaku . Dengan namaMu aku bermohon agar jalan yang aku lalui ini selalu dipermudahkan .

Bila masalah sebegini timbul , aku mula berfikir . Apakah dosa aku pada mereka semua . Tidakkah kami sama , manusia juga . Mengapa perlu ada kedukaan dalam hidup ? Dan sekarang aku mula berfikir dan mengingati semula apa yang pernah dikatakan oleh arwah dahulu . Aku salah , kerana tidak mendengarkan segala nasihat dia sebelum dia menghembuskan nafas yang terakhir. Benar , perkara itu telah bertahun-tahun berlalu . Tetapi hati ini selalu ada dirinya untuk menguatkan semangat aku . Maafkan aku kerana mengingkari janji aku pada mu sayang . Maafkan aku kerana tidak dapat mencari insan yang terbaik untuk digantikan diri kamu . Ampunkan aku kerana tidak pernah menerima segala ujian dari ALLAH selepas kehilangan kamu . Aku tahu aku amat berdosa kerana mengingkari dan tidak menerima ujian dari ALLAH dengan redha , kerana psrah sudah menguasai diriku . Sayang , aku teramat merindui kamu . Setiap detik dan saat aku selalu bermohon agar kau diaatas selalu menanti dan terus berdoa untuk aku menemui jalan kebahagiaan di dunia dan akhirat . Aku juga mohon agar Allah kekalkan jodoh ku dengan si dia yang aku cintai sekarang .


Thursday, April 5, 2012

lebih baik dari dia :)

Hi guys . lama tak jumpa korang kat sini . Banyak sawang kat blog aku ni . Selama aku senyap ni , banyak benda yang jadi kat aku . Macam yang sebelum ni , kecewa dengan pilihan hati sendiri . Apa yang aku cuba lakukan sekarang , aku terus mencuba dan mencuba . Tak salah kan ? aku takkan pernah putus asa dalam kehidupan aku sendiri .

Shin shan ?

Dah lama kitorang putus , alhamdulillah kami putus dengan cara baik dan bukan bermusuhan . Aku mengalu-alukan kedatangan dia sebagai kawan aku . Aku tak pernah rasa marah atau benci kat dia , sebab aku tahu bukan salah dia . Kehadiran orang yang suka dengki dengan kebahagiaan orang lain , membuatkan kami sering bergaduh dan akhirnya putus hubungan sebagai pasangan kekasih .

Sekarang ,

kehadiran insan baru membuatkan aku lebih bermakna . Mengharapkan kelainan dari dia untuk mencintaiu dan menyayangi aku . Alhamdulillah setakat ini kami bahagia . Berasal dari Muar, johor dan menetap di Shah alam .

Setakat ni je yang aku boleh cerita . Mungkin akan kembali dalam hari ini atau pun esok hari . :)