Monday, April 23, 2012

dalam satu masa

Ini merupakan satu-satu sahaja cara untuk aku lepas dan luahkan apa yang aku rasa . Aku tak mampu untuk bercerita pada ibu atau ayah aku , mahupun rakan karib aku sendiri . Aku tahu mereka terlalu perihatin dengan aku , terutamanya ibubapa aku . Aku betul-betul tak mampu untuk bercerita dengan mengeluarkan suara . Dengan menulis aku lebih lega dan tenang . Biarlah ada atau tiada orang yang sudi membaca . Janji aku puas , puas untuk keluarkan apa sahaja yang lama aku simpan . betul cakap orang , kadang-kadang sumpahan itu menjadi , tinggal lagi kita tak tahu bila semua tu akan berlaku . Macam short post aku yang lepas , aku bahagia . Yes, world im happy . Dia selalu buat aku ketawa dan tersenyum walaupun air mata sedang mengalir .

aku juga seperti kamu ..
Biarpun apa yang jadi antara kami , aku selalu berdoa dan redha dengan kesemua kehendak takdir . Mungkin luaran aku kuat , tetapi di dalam hati hanya aku dan ALLAH sahaja yang tahu . Terlalu banyak dugaan yang terjadi . Aku belum cukup kuat untuk hadapi semuanya dalam satu masa . Semakin hari , semakin banyak hati yang membenci diri aku . Semakin hari , semakin ramai yang ingin aku hidup dalam penderitaan dan semakin hari , aku semakin tak berdaya untuk meyakinkan betapa aku terlalu menyayangi dan mencintai Hafizi sepenuh hati . Tetapi kasih sayang aku masih belum melebihi kasih sayang aku terhadap ibu ayah,keluarga dan Dia yang mencipta kita . Aku tetap kuatkan semangat dan cekalkan hati agar dia yanng dicintai percaya dengan kasih sayang yang dah tercipta untuk dia . Benar dia bukan yang pertama , tapi aku mohon agar dia adalah yang terakhir untuk aku . Sesungguhnya aku tak mampu untuk kehilangan dia . Aku tahu , keputusan yang aku lakukan ni adalah kesilapan besar pada mata seseorang kat luar tu . Mungkin di mata dia yang diluar tu aku sangat berdosa . Mungkin jugak aku di anggap hina di mata dia . Subhanallah , aku mohon agar engkau ampunkan segala dosa hamba-Mu yang tak berdaya . Sesungguhnya aku tidak ada niat langsung untuk manyakiti hati sesiapa . Aku hanya insan yang selalu memerlukan kebahagiaan dan kasih sayang dari manusia yang amat aku sayangi . 


Sejak akhir-akhir ni aku terlalu ikutkan perasaan. Aku tak patut dengar kata-kata yang dihasut syaitan . Akhir-akhir ini jugak aku merasakan ada satu tekanan yang muncul dalam jiwa . Pelbagai perkara bermain dalam fikiran ni . Boleh buat aku jadi gila . Syukur keimanan masih mengusai diri . Aku cuba tenangkan hati dan teruskan kehidupan demi kebahagiaan aku , dia dan keluarga aku . Tetapi , kadangkala aku masih lagi berfikir aku tak mampu untuk meneruskan semuanya . Aku tak mampu untuk membahagiakan diri aku dan aku tak mampu untuk membahagiakan semua orang dalam satu masa . Tanpa aku sedar , aku dah pun sakitkan hati dia . Aku dah pun menyakiti hati ibu ayah . Ya , ALLAH aku mohon engkau mengampuni dosa dan perbuatan ku . Aku tersalah langkah , aku fikir dengan cara keluar dan bersama kawan lebih tenangkan hati aku . Benar mereka bagi aku kebahagiaan , tetapi kebahagiaan yang berbeza dan hanya sementara . Aku silap , bila aku bersama kawan aku telah menyakitkan hati dia . Aku tak ada niat untuk menyakiti hati dia . Kepercayaan yang dia bagi kat aku makin hilang . Aku takut jika dia terus berlalu dan meninggalkan aku . 
Ibu semakin sedar dengan perubahan aku . Aku tak bermaksud untuk berubah atau apa pun . Semua benda ni terlalu menyeksa diri aku . Aku tak berniat untuk berubah , ye dulu aku tak macam ni, tapi sejak semua ni jadi ,aku habiskan masa dengan duduk dalam bilik dan jarang keluar dengan ibu ayah .

semakin buntu..
Bila habiskan masa dirumah , perasaan aku bertukar . Aku semakin kusut dan serabut dengan kehadiran orang lain dalam hubungan kami . Tapi aku sedar semua kesalahan aku , aku yang kacau hidup orang lain . Tapi percayalah aku tak pernah tahu kewujudan dia yang diluar tu . Hampir dua minggu aku dibelenggu dengan penuh rasa bersalah dan sehingga sekarang aku masih rasa aku adalah manusia yang tak berguna . Aku tak mampu untuk meninggalkan dia semata-mata untuk mereka bahagia . Macam mana dengan hati dan perasaan aku ? Sampai bila aku nak terus mengalah untuk kebahagiaan orang lain ? Maafkan aku sebab terlalu ikutkan hati dan pentingkan diri sendiri . Aku terpaksa mementingkan diri dan kebahagiaan aku sendiri sebab aku taknak kehilangan dia .

sayang , 
saya nak awak tahu yang saya terlalu sayangkan awak . Saya tak sanggup kehilangan awak . Maafkan saya sebab saya sia-siakan kepercayaan yang awak bagi kat saya . Maafkan saya sebab saya mengabaikan awak kebelakangan ni . Maafkan saya sebab saya terlalu ikutkan perasaan . Saya nak awak tahu yang saya tak sanggup hidup macam ni , saya nak awak tahu hati saya semakin sakit bila dia kerap ganggu saya . Saya terlalu stress sayang dengan semua ni . Sebab tu saya ambil langkah untuk keluar dengan kawan , saya nak lupakan apa yang jadi , sekejap pun jadilah . Saya tak sanggup nak simpan benda ni lama-lama . Dia bebanan buat saya . Saya tahu saya buat kesilapan besar harini . Tapi percayalah , saya tak ada niat apa-apa . Saya tak tipu awak , saya tahu awak takkan pernah setuju dengan keputusan saya . Awak , saya nak awak sedar dengan kesabaran saya selama ni . Banyak benda saya alami , awak pun tahu kan . Saya nak awak sayang saya dan jujur ngan saya . Saya tak minta harta benda atau wang ringgit sayang , saya cuma nak awak beri kasih sayang awak . tak susah kan . Hargailah pengorbanan saya dan ketabahan saya selama ni sayang .

Saya bahagia dengan awak . Saya cukup bahagia . Saya tak pernah menyesal kenal awak dan sayang awak . Sampai bila-bila saya takkan rasa macam apa yang awak pernah katakan . Sayang , percayalah kasih sayang saya untuk awak dan bukan lelaki lain .