Saturday, September 14, 2013

cinta , kasih dan sayang

Aku selalu mengingatkan diri sendiri supaya tidak berkelakuan buruk terhadap dia . Aku gagal ! Gagal membahagiakan dia walau sesaat pun , aku masih tidak mampu . Sikap ego dan keras kepala makin menjadi-jadi . Kadangkala merasa menyesal dalam diri . Aku mungkin tidak layak untuk insan seperti dia yang baik budi bicaranya dan sopan bila bertutur kata . Sedangkan aku? Tak ada beza dengan syaitan yang bertopengkan manusian. Ya , sekali lagi aku menghina diri aku sendiri . Kalaulah aku mampu mengubah semuanya dengan sekelip mata , kalaulah aku mampu menjadi seperti mana yang dia mahukan, dan kalaulah aku boleh menjaga hatinya dengan sempurna , mesti semua nintakkan pernah terjadi .

Aku selalu saja bertutur dan berkata-kata mengikut perasaan dan tidak pernah memikirkan kelukaan dihatinya . Terasa hina dan tidak layak untuk dia . Tidak mampu lagi untuk aku mengalirkan air mata kerana kesalahan sendiri . Tidak mampu lagi aku meratap kecewa kerana kebodohan aku sendiri . Rasa ingin menjerit , biar semua dengar , biar semua orang tahu yang aku ni bodoh dan tidak pandai menjaga hati orang lain . Tapi aku tak mampu , jeritan itu hanya didalam hati . Aku mampu untuk merasa menyesal sahaja . Tapi kekesalan itu tidak pernah aku mengambil peduli , setiap hari aku mengulangi perkara yang sama . Maafkan aku wahai hati , aku tidak pernah menjaga kamu sebagai cinta . Maafkan aku wahai cinta , aku tidak pernah kasihi terhadap kamu . Maafkan aku wahai kasih , aku tidak pernah menjaga kamu dengan penuh rasa sayang .


No comments:

Post a Comment